Sayu plak dengar lagu ni malam2. Masih terbuai2 lagi masa lagu ni dimainkan dengan sexaphone oleh seorang uncle pagi tadi. hadoiiiii besttttt gilerrrr.... boleh tetibe jadi jiwang plak aiseymennnn... terimbau lagi kenangan2 terindah... yg dah xde tuh... isk isk isk...
lagu ni mmg sesuai main dgn sexaphone je... instrument lain rasa xdpt tune ni... mmg the bomb!!!
MasyaAllah bestnye lagu ni... malam2 ni dengar plak lagu mcm
ni... ish3... rasa macam nak pegi tepi pantai nyalakan unggun api sambil cipta
puisi plak rasanya ehehehe.... aiseymen... jatuh cinta dengan lagu ni... rasa
macam nak kasi kat seseorang tapi rasanya dah xberguna lagi... tapi takpela
dengar lagu ni dah cukup best dah... layannn... ;)
مرقت ليالي ولليوم ماطليت
alot of nights passed and you didn't come back
زعلان وصارلك مدي قولك بدا هالقدي
you are angry because of me it's really not that big
ياخوفي قسوة قلبك تكبر كل مالوقت يطول
i'm scared that your heart will become like a stone if our separated take any longer
تعرف ياغالي من ليلة الفليت
do you know , from the night you left
بشوفك ليلي حدي ..جاي وجايبلي وردة
i see you next to me and you gave me a flower
بتكي راسي عكتفك وبغمض عيني وقول
lie my head on your shoulder close my eyes and say
بغمض عيني وقول
close my eyes and say
حبيبي ياحبيبي... انا اشتقتلك انا بحنلك
my lover my lover i missed you i really do
متل شمعة على غيابك انا عم دوب
like a candle when you are away i'm melting
سهر عيني بيهون عليي إذا بعرف قلت راجع بعد الغروب
all this nights without sleeping will be easy on me if you promised you will come back
Kata2 ni aku dapat dari 'status fb' Prof. Dr. Muhaya. Prof Muhaya skang ni memang tengah top. Mungkin sebab kebijaksanaan dan ilmu yang dibawakan tu menarik hati ramai orang. Aku selalu baca dan dengar kata2 yang disampaikan. Memang bermakna sangat & lebih praktikal. Maksud aku apa yang di ketengahkan tu selalu kena mengena dengan hal kehidupan ramai orang.
Berbalik pada tajuk di atas tu. "Adalah lebih baik dibenci kerana menjadi diri kita sebenar dari di sayangi akibat dari pura pura". Hati aku betul2 tersentak. Aku tak pernah terfikir tentang kata2 ni. Memang power betul.
Prinsip aku semua orang ada perangai dan prinsip masing2. Sebab tu aku selalu jadi diri aku sendiri & malas nak jadi hipokrit. Tapi kadang2 tu aku rasa macam ramai orang kat dunia ni lebih suka orang yang berpura2. Aku selalu takut orang tak suka aku kalau aku jadi diri sendiri sebab aku tengok ramai orang lebih terpesona dengan orang yang nyata berpura-pura.
Bila baca kata2 Prof.Muhaya ni aku rasa lebih selesa dan aku rasa memang betul sangat2 kata2 ni. Aku patut teruskan jadi diri sendiri walaupun ada orang benci aku. Aku tak perlu sedih orang tak suka aku sebab aku tak berpura2. Aku tak perlu gusar sebab Allah tetap ada, yang penting niat aku kene betul. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Lindungilah hamba Mu ini ya Allah... Amin...
Aku tak pernah meminta balasan untuk setiap apapun yang aku
pernah buat. Malah aku tak pernah langsung mengungkit. Bagi
aku, aku buat dengan sukarela sebab aku menghargai perhubungan yang ada. Betullah
bukan semua orang akan menghargai kita.
Aku selalu cuba membuktikan yang aku ikhlas tapi aku selalu disalah erti. Malah, setiap yang buruk jadi padanya akulah dituduh pelakunya. Apa dosa aku sampaikan semua kebaikan yang aku berikan diberikan cercaan dan hinaan diakhirnya.
Memang silap aku terlalu mengangkat ciptaan Allah itu terlalu tinggi. Setinggi langit sehingga aku sendiri pun tak mampu nak mencapainya kembali. Aku buta pada keadaan, aku tuli pada kata-kata orang yang menasihati aku. Aku terlalu dikaburi dengan kekaguman aku yang melampau-lampau. Ya Allah ampunilah aku...
Aku ada terdengar salah satu kuliah bersama Prof. Dr. Muhaya yang antaranya mengatakan bahawa di akhirat Allah berfirman antara maksudnya "pergilah engkau pada manusia yang kamu mahu dia redhai kamu, jangan kamu datang kepada aku sedang bukan redha aku yang kamu cari." Ya Allah, mendengarkan ini betul-betul memberi tamparan yang amat kuat pada aku. Aku tersedar bahawa aku sudah terlalu jauh tersasar.
Inilah bahananya jika terlalu mengharap pada manusia. Manusia itu ciptaan Allah. Bagaimana kita boleh kagum dan memuja-muja manusia sedangkan mereka itu juga suatu ciptaan? Aku insaf dengan perbuatan aku sebelum ini.
'Niat tidak menghalalkan cara'. Niat aku ingin menghargai ciptaan Ilahi dan berasa berbangga kerana aku berada bersama dengan orang yang mempunyai kurniaan yang cukup indah dan hampir sempurna di luaran. Tapi tiada manusia yang sempurna di muka bumi Allah yang luas ini. Manusia itu serba kekurangan. Sungguhpun ilmu mereka melepasi langit, itu masih setitik daripada air dilautan. Hanya Allah Maha Mengetahui.
Semua itu milik Allah, tiada milik kita. Usahlah kita menjalani hari-hari yang mendatang dengan mendabik dada & tak mahu berpijak di atas tanah. Siapalah kita tanpa redha Allah.
Dulu aku sering mencari-cari apalagi yang harus aku lakukan agar dia berpuas hati dan menghargai aku, tapi setiap kali pun juga aku kecewa kerana dia langsung tidak pernah menghargai aku malah mengatakan aku tidak pernah hormati dia. Semuanya sudah tidak seperti yang dirancangkan, malah menjadi terlalu buruk.
Aku sering takut kehilangannya, maka pelbagai cara aku lakukan untuk menjaga dia. Bila ketikanya dia mengatakan akan pergi, aku jadi hilang arah dan aku cuba sedaya ku membawanya kembali. Tapi Allah menyediakan keadaan yang lain untuk aku. Ketika aku mencuba pelbagai cara agar dia tidak pergi jauh, Allah tidak mengizinkan. Bukan sahaja dia pergi jauh dari aku, malah dia juga membenci aku dan aku telah hilang dia selama-lamanya.
Perasaan itu ada kepelikannya. Seringkali berasa rindu. Terimbau yang indah-indah dan teringat semua perancangan yang telah diatur. Namun semua telah hancur.
Kini aku sudah tak mahu tersalah langkah. Aku mahu menjalani hidup aku kerana Allah dan kerana diri aku sendiri. Aku mahu redha Allah dan redha kedua ibu bapa ku. Aku tidak mahu kenangan lalu menyekat kebebasan aku. Aku tidak mahu kenangan lalu membuat aku jadi sugul dan bersedih. Yang lepas biarkan berlalu, yang di hadapan aku akan cuba buat sebaik mungkin.
Aku tidak menyimpan dendam dengan sesiapa. Aku mahu jadi seorang yang penyabar. Biarlah apapun orang nak buat, biarlah apapun orang nak kata. Aku hanya mahu redha Allah, itu saja. Aku pasrah dan redha dengan apa yang terjadi kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku.
Semoga Allah mengampuni aku yang terlalu banyak melakukan kesilapan dan semoga Allah sentiasa melindungi aku dan mengizinkan aku menjadi lebih baik dan diredhainya. Amin.
Ikhlasnya hati sering kali disalah erti
Tulusnya budi tidak pernah engkau hargai
Berlalu pergi dengan kelukaan ini
Ku mengalah,ku bersabar
Bertentang mata seolah olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu
Manis di bibir memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlena pastinya terpukau
Pujukmu,rayumu,suaramu yang menagih simpati dan harapan
Engkau pastinya tersenyum dengan pengunduran diriku
Tetapi bagiku pula suatu ketenangan
Andainya kita terus bersama belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah cara hidupmu
Ada rahmatnya bila tidak lagi bersama
Terasa jauh diriku ini dengan dosa
Ku tinggalmu walau tanpa kerelaan yang nyata
Kau tidak berubah
Bertentang mata seolah olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu
Manis di bibir memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlena pastinya terpukau
Pujukmu,rayumu,suaramu yang menagih simpati dan harapan
Engkau pastinya tersenyum dengan pengunduran diriku
Tetapi bagiku pula suatu ketenangan
Andainya kita terus bersama belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah cara hidupmu
Katalah apa yang kau ingin
Selagi kau dapat berkata
Memang begitu sikapmu semenjak dahulu
Andainya kita terus bersama belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah cara hidupmu
"Whatever you give to life, it goves you back.
Do not hate anybody.
The hatred which comes out from you will someday comeback to you.
Huhhhh... setelah hampa beberapa kali sebab tak dapat seat untuk tengok filem ni kat cinema, akhirnya semalam dapat jugak aku tengok filem ni. Lagi best sebab orang belanja eehhehe...
Sebenarnya aku ni bukan peminat novel. Dalam hidup aku, aku pernah habiskan 1 novel je. Itu pun bersebab. Orang kasi pinjam dan sangat eager suruh aku baca. Pasal ombak rindu ni aku memang dah lama tahu novel ni sangat popular, tapi aku memang tak pernah baca. aku hanya tahu jalan cerita novel tu sebab kawan aku cerita kat aku.
Well, pasal filem dia aku takdela mewajibkan diri aku untuk tengok. Juz bila filem ni dah seminggu lebih kat cinema pun masih full macam hari pertama, aku nak jugak tahu apa yang best sangat cerita ni. lagi2 tang watak maya karin tu aku memang tak berkenan sket sebab watak izzah adalah budak kampung, maya karin semua orang tahu lidah dia tak pure melayu. In fact, memang tak melayu langsung. Tapi ini bukan mengutuk maya karin ye, sebab aku sangat2 minat kat dia & aku dah tengok hampir semua cerita dia... ehehhehe
Tapi memang tekaan aku meleset bila aku tengok sendiri filem ni. Maya karin berjaya bawak watak izzah. Walaupun ada sedikit awkward tapi hanya minor je n boleh dimaafkan serta merta ehehhehe... Ini yang buat aku lagi minat kat dia ni... memang hebat... n lagi satu aku kagum masa dia baca surah yasin... for someone like her, itu dah consider superb!... Aku kasi 5 star kat maya karin... ;p
Tapi kan, sebelum aku tengok cerita ni aku dengar ramai yang nangis tengok cite ni termasuklah lelaki. Ini yang buat aku lagi nak tengok cerita ni. tapi yang peliknya aku try nak cari kat mana aku perlu menangis sangat tu, tapi tak jumpa... except 1-2 plot maya karin je yang menyentuh hati.
Apapun, aku suka sebab at least aku tak ketinggalan untuk tau pasal ke'hot'an cerita ni kat cinema n bila orang tanya aku tau nak komen. Itu yang penting tuh ehehhehhee... well... bagi aku cerita ni simple tapi bagus... keep up malay movie! ;)
Alhamdulillah Allah masih mengizinkan aku bernafas hingga ke hari ini. Rasa sangat bersyukur dan bahagia bila hari lahir aku 27.11.11 pada tahun ini jatuh pada 1 muharram 1433. Terasa besarnya rahmat dan kurniaan Ilahi.
Tahun baru hijrah maksudnya kene berazam yang baik-baik. Alhamdulillah sebahagian azam aku thn lps dah pun tertunai. yang paling besar skali chambering aku dah tamat & aku dah jd lawyer kat sabah. Skang tggl nak fikir utk habiskan chambering kat kl plak. xterasa nnt mst akan habis jugak.
Aku akui kadang2 aku rasa tak bersyukur jugak dgn apa yg aku ada, lebih2 lagi bila diberikan ujian yang bertimpa-timpa pada aku. kdg2 aku rs mcm berat sangat aku nak tanggung n selalu jugak aku rs fed up dgn hidup. Yela, sape yang tahan bila belum pun hbs 1 dugaan, dtg pulak dugaan lain n lagi dan lagi... Tapi memang Allah syg kat aku sbb walaupun Allah kasi ujian besar2 kat aku tapi Allah ganti dgn kebahagiaan lain. Apa kebahagiaan tu aku mmg xdpt nak listkan sbb byk sgt. SubhanAllah walhamdulillah wala ilaha illAllahu wAllahu Akbar!
Walau macam mana pn dugaan yang aku dah terima n wlupun yg akan dtg, aku akan cuba utk lebih positif & xbersangka tak baik dgn Allah swt, berdosa tu.
Sempena birthday aku yang sangat barokah ni, aku berazam utk jadi manusia yang sangat baik, hamba Allah yang taat & lebih mendekatkan diri padaNya, umat Nabi Muhammad saw yang cuba menerapkan sunnah rasulullah dalam semua hal, anak pada mak bapak aku yang solehah, jadi sahabat yang bertolak ansur dan penyabar, menjadi pekerja yang sgt dedikasi, memajukan dengan tekun, rajin, berkualiti dan sangat komited pada perniagaan yang bakal aku usahakan tak lama lagi & apa jugak perkara yang baik2 aku akan cuba jadikan motivasi dan panduan hidup aku sehari2.
Ya Allah ya Tuhan ku, Kau ampunilah dosa ku, dosa kedua ibu bapa ku, adik beradik ku, sahabat2 ku dan kaum muslimin & muslimat sekalian alam. Sesungguhnya hanya pada Mu tempat aku mengadu dan memohon pertolongan. Hanya Pada Mu jua segala pujian harus ku sandarkan. Aku mohon agar segala usaha ke arah kebaikan Kau kurniaakn rahmat dan jalan yang luas agar ia terlaksana dengan jayanya. Bukakanlah pintu2 rezeki pada ku agar segalanya kan lebih sempurna. Mulai saat ini juga aku dah tak mahu campur adukkan hal kerja dan emosi sbb ia hanya akan merosakkan semua usaha yang baik. Semoga kau berikan aku kekuatan untuk terus melangkah ke arah kejayaan di dunia dan akhirat. Amin Ya Robbal A'lamin...
Teringat di satu ketika tak lama dulu, hari ini adalah hari yang penting bagi aku. Selepas waktu kerja akan rushing pergi ke satu tempat yang lain. Walaupun letih sket tapi aku enjoy yang amat sangat. Reason dia tuh hanya hati aku yang tau. Nak cakap pon tak guna sebenarnya tapi dah nama pun kenangan mesti la akan selalu teringat-ingat. Kenangan manis plak tu, gile nak lupa beb. huhuuhu
Terasa masa tu dunia ni macam ana yang punya, no turning back... huhuhuhu never... rasa syok yang amat sangat. Macam-macam plan dalam kepala, kalau takat nak panjat langit tuh huh rasa macam naik anak tangga je. Semua best2, lagi2 bila ada yang mengikat kata "apa-apa jadi kita jangan pisah". Huh! gile tol rasa mcm nak jadi kangaroo terus lompat ke awan nano ehehhehe....
Bila dah suka ni orang kata, semua benda mustahil jadi tak mustahil langsung. merangkak macam mana pun, gagah jugak berdiri balik. sayang punya pasal. Tapi yela orang kata klu buat apa-apa jangan lebih-lebih sangat nanti jadi lain. YES!!! now aku betul-setuju.
Well, sume ni hanya kenangan je dan memang dah takde langsung dah dan memang mustahil akan ada lagi. Tapi yela, hari ni iaitu hari rabu tiap2 minggu akan ada. so, kdg2 buat aku sedih jugak tapi alhamdulillah akhir-akhir ni aku nampak di mana aku berpijak. Satu hal yang aku blaja, walau macam mana bahagianya pun hidup & rasa macam dah capai sume2 jangan sesekali lupa yang ia akan hilang jugak kalau Allah swt tak izinkan. Mungkin niat aku tak cukup kuat dulu & aku ada buat kesilapan yang Allah nak suruh aku stop buat n kasi aku sedar dan berpijak di bumi nyata. So, aku redha. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.
Aku pun tak layak nak mintak lebih2 sangat sebab semua Allah dan susun elok dah. Yang aku perlu buat hanya tingkatkan amalan untuk bekalan akhirat, tingkatkan kehidupan aku supaya lebih baik, bahagiakan ibu bapa aku, keluarga aku, kawan-kawan yang setia berada di sisi ketika aku tergapai-gapai mencari dahan untuk berpaut dan sesiapa sahaja yang perlu aku bahagiakan.
Walau macam mana pun, aku tak pernah sekalipun menyesali tiap sesuatu yang telah berada di belakang aku ketika ini. & bagi insan yang aku maksudkan, semoga dia menemui kebahagiaan di dunia dan akhirat n apa pun jadi u r always in my heart n i love u so much. really hope to meet u 1 day, if Allah willing... u r always the best in my heart... God bless u dear... Sekian.
"Fool Again"
Baby I know the story I've seen th picture It's written all over your face Tell me, what's the secret That you've been hiding And who's gonna take my place
I should've seen it comin' I should've read the signs Anyway, I guess it's over
Can't believe that I'm the fool again I thought this love would never end How was I to know You never told me Can't believe that I'm the fool again And I who thought you were my friend How was I to know, you never told me
Baby, you should've called me When you were lonely When you needed me to be there
Sadly, you never gave me To many chances To show you how much I care
I should've seen it comin' I should've read the signs Anyway, I guess it's over
Can't believe that I'm the fool again I thought this love would never end How was I to know You never told me Can't believe that I'm the fool again And i who thought you were my friend How was I to know, you never told me
About the pain and the tears ohooooo, if i could I would Turn back the time
oh yeah...
I Should've seen it comin' I should've read the signs Anyway, I guess it's over
Can't believe that I'm the fool again I thought this love would never end How was I to know You never told me Can't believe that I'm the fool again And i who thought you were my friend How was I to know, you never told me
Can't believe that I'm the fool again I thought this love would never end How was I to know You never told me Can't believe that I'm the fool again And i who thought you were my friend How was I to know, you never told me
Jika ditanya apakah perasaan aku sekarang, tak ada sepatah kata pun dapat merungkaikannya. Biarpun ada yang melemparkan kata-kata nista kepada aku, namun aku sendiri sehingga kini tak mampu menjelaskan hati dan perasaan aku sendiri.
Hanya zikrullah dan ayat-ayat suci al-Quran menjadi teman dikala kekecewaan menjengah lagi dan mengetuk pintu hati berulangkali. Aku tak mampu untuk meluahkan apa pun secara tersirat kerana Allah sahaja yang Maha Mengetahui apa yang aku alami.
Tak perlu untuk menjelaskan pada sesiapa, tak perlu untuk aku meluahkan kepada sesiapa. Cukup sekadar tulisan ini yang menjadi landasan mengubati luka perasaan dan kekecewaan. Aku takut jika aku meluahkan dengan kata-kata,aku mungkin tersilap menggunakan baris ayat yang ternyata tak menyampaikan maksud yang tersimpan di hati ku.
Sering muncul perkataan "andainya..." "andainya..." "andainya..." "akan ku..." "akan ku..." "akan ku..." namun semua sudah berakhir. Tiada lagi ruang dan kesempatan untuk membetulkan keadaan. Mungkin allah masih menyimpan apakah hikmah disebalik putusnya nilai sebuah pertalian.
Aku redha andai ini yang disediakanNya untuk ku. Biar aku sentiasa tersenyum biar hati ku terluka dan fikiran ku hanya di sana. Aku hanya mampu membuat itu kerana Allah hanya izinkan aku begitu...
Ya Allah, kau ampunilah dosa-dosaku... kau permudahkanlah hidupku... kau tunjukkanlah jalan keredhaan Mu... kau hiasilah hari-hari ku dengan Rahmat Mu... izinkan aku menjadi hamba Mu yang Kau kasihi Ya Allah...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui akan segala sesuatu...
Benarlah kata "kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan". Kita terpaksa akur dengan keadaan yang telah ditentukan. Walaupun sebanyak mana yang kita cuba rungkaikan, sebanyak mana yang kita cuba ubahkan, sebanyak mana yang kita usahakan, jika itu yang telah tersurat apa pun tak akan mengubah keadaan. Malah hanya menjadi penyebab dan membina jalan cerita, namun penyudahnya tetap sama.
Tak salah hidup dengan impian, malah tak berdosa untuk meneruskan usaha berdasarkan mimpi. Tapi perlu selalu mengingatkan diri bahawa jangan terlalu yakin yang hasilnya akan seperti yang diharapkan. Keadaan boleh berbeza bila-bila masa. Juga mungkin akan menjadi lebih dahsyat bila ia memang sepenuhnya di luar jangkaan.
Sememangnya jika telah meletakkan 100% usaha ke arah cita-cita yang diimpi-impikan, malah menyumbangkan seluruh hidup dan masa semata-mata untuk mengejar cita-cita namun akhirnya kecundang. Apa yang tinggal? hanya kecewa.... Kembali lah ke jalan Allah... Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita...
Dunia ini semakin goyah. Sana-sini orang memperkatakan tentang kebaikan, berlimpah ruah kata-kata yang dikeluarkan untuk menyedarkan orang lain. Tapi hakikatnya? di mana kejujuran? tiada! yang ada hanya dusta semata-mata. Hanya ingin tampil hebat di mata manusia yang nyata juga tak pernah kekal. Kenapa sukar untuk berlaku jujur? kenapa sering pembohongan dijadikan makanan harian? malah tanpa rasa berdosa mengulanginya setiap ketika pun? Apakah kita menjangkakan hidup kita akan kekal? Apakah kita yakin yang kita memperoleh imuniti dan terlindung daripada bencana? Apakah kita taksub pada kelebihan yang Allah pinjamkan sehingga kita lupa yang kita juga manusia biasa? yang juga hamba Ilahi? yang akan dijemput mengadap Yang Esa bila tiba saatnya?
Sedarilah bahawa mati itu pasti... usah terleka dengan sandiwara dan keindahan pinjaman yang hanya sementara. Kasih sayang itu tidak tidak sepatutnya dihuraikan sebagai berdiam diri sungguhpun kemungkaran di depan mata. Malah menjaga yang tersayang juga tidak sepatutnya didefinisikan sebagai sentiasa mengiyakan apa yang sudah terang-terangan menjadi dosa. Jika ini ada di dalam pemikiran, musnahlah kehidupan, hancurlah tatasusila.
Berkatalah benar walaupun pahit... ya... memang ini yang seharusnya dilaksanakan... mungkin kita akan membenci pada sesiapa yang menyuarakan kebenaran... malah mencaci dan menghina... tapi Allah itu ada, Dia lebih mengetahui niat seseorang... semua buruk dan baik akan ditimbang Allah swt bila tiba hari pembalasan. Mungkin dunia tidak mengakui kebenaran, malah memberi nista namun kan tiba saatnya kebenaran akan terzahir.
Alhamdulillah... setelah melalui masa-masa yang teramat sukar dalam setahun dua, Allah telah memberikan ganjaran yang teramat besar di dalam hidup aku. Pernah dulu aku berasa sedih dan amat kecewa malah sering memikirkan hidup tak panjang tapi alhamdulillah berkat sokongan dan dorongan insan-insan tersayang yang ada di sekeliling aku masih kuat sehingga kini.
Tarikh bersejarah pada 14 march 2011 selepas lulus ujian pada 9 march 2011, aku secara rasmi telah dimasukkan menjadi Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang sah. Pengalaman latihan peguam yang agak ngeri selama setahun walaupun terlalu banyak kenangan pahit, tetapi sangat membantu aku menjadi lebih kuat dan boleh membawa diri di dunia luar. itulah cabaran yang peguam mesti hadapi. Terima kasih pada yang terlibat.
Teringat ketika seorang pensyarah di UIA dulu bertanya, aku dengan sekeras-kerasnya menafikan yang aku ingin menjadi peguam... malah ramai antara kami (budak law) berpendapat sama. Namun, hari ini semua kami menjadi peguam... itulah yang dikatakan takdir... ehehhehehe
Aku bersyukur dan gembira melihat senyuman yang paling manis diukirkan oleh ibu bapa ku ketika aku memberitahu aku telah lulus ujian peguam. Lapang dada melihat senyuman mereka... sekurang-kurangnya aku memberikan sedikit hadiah hasil susah payah mereka membesarkan dan memberi kehidupan yang baik pada aku. Semoga aku masih mampu memberikan kebahagiaan yang lebih lagi pada mereka di hari-hari mendatang dan semoga mereka sentiasa bahagia dan gembira walau apa pun keadaannya...
Semoga apa yang Allah kurniakan ini akan juga dapat memberi manfaat pada insan-insan sekeliling dan sesiapa juga... Aminnn....
Di satu hujung minggu yang mendamaikan seorang jurujual masuk ke sebuah rumah setelah diberi izin oleh tuan rumah....
Setelah masuk ke rumah tersebut... tanpa lengah-lengah jurujual tersebut telah menghamburkan sekelompok sampah di atas permaidani tuan rumah tersebut dan dengan komfidennya berkata "jangan risau, vacuum ini mampu buat segala-galanya dan jika vacuum ini tidak dapat membersihkan sampah-sampah ini, saya sendiri akan makan semua sampah ini".
Tuan rumah tersebut dengan selamba berkata "mulalah makan sampah-sampah ini kerana rumah kami takde elektrik"....