Monday, March 21, 2011

Berkat doa insan sekeliling...


Alhamdulillah... setelah melalui masa-masa yang teramat sukar dalam setahun dua, Allah telah memberikan ganjaran yang teramat besar di dalam hidup aku. Pernah dulu aku berasa sedih dan amat kecewa malah sering memikirkan hidup tak panjang tapi alhamdulillah berkat sokongan dan dorongan insan-insan tersayang yang ada di sekeliling aku masih kuat sehingga kini.

Tarikh bersejarah pada 14 march 2011 selepas lulus ujian pada 9 march 2011, aku secara rasmi telah dimasukkan menjadi Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang sah. Pengalaman latihan peguam yang agak ngeri selama setahun walaupun terlalu banyak kenangan pahit,  tetapi sangat membantu aku menjadi lebih kuat dan boleh membawa diri di dunia luar. itulah cabaran yang peguam mesti hadapi. Terima kasih pada yang terlibat.

Teringat ketika seorang pensyarah di UIA dulu bertanya, aku dengan sekeras-kerasnya menafikan yang aku ingin menjadi peguam... malah ramai antara kami (budak law) berpendapat sama. Namun, hari ini semua kami menjadi peguam... itulah yang dikatakan takdir... ehehhehehe

Aku bersyukur dan gembira melihat senyuman yang paling manis diukirkan oleh ibu bapa ku ketika aku memberitahu aku telah lulus ujian peguam. Lapang dada melihat senyuman mereka... sekurang-kurangnya aku memberikan sedikit hadiah hasil susah payah mereka membesarkan dan memberi kehidupan yang baik pada aku. Semoga aku masih mampu memberikan kebahagiaan yang lebih lagi pada mereka di hari-hari mendatang dan semoga mereka sentiasa bahagia dan gembira walau apa pun keadaannya...

Semoga apa yang Allah kurniakan ini akan juga dapat memberi manfaat pada insan-insan sekeliling dan sesiapa juga... Aminnn....



No comments:

Post a Comment