Wednesday, October 31, 2012

Semua Akan Indah Bila Tiba Waktunya



Beberapa ketika lamanya menyepikan diri, cuba mencari haluan baru yang ternyata lebih tenang dan bahagia. Beberapa ketika terasa bagai hamba yang tidak bertuan, bagaikan lembu yang diikat talinya. Biar berapa banyak pun perumpamaannya, namun itulah hakikat yang telah dilalui. Tidak dikatakan menyesal kerana itu takdir yang telah tersurat.

Bersyukur dengan adanya insan-insan tersayang yang sentisa bersabar dan mendoakan. Sahabat handai yang tidak pernah jemu memberikan dorongan dan sokongan hingga membuka mata yang telah sekian purnama menjadi buta. Usah diulangi semula semua kisah tipu daya yang bertopengkan keindahan, kerana semua telah ku bakarkan di dalam api yang membakar & abu-abu telah diterbangkan angin entah ke mana.

Hidup tidak selalunya indah, namun keindahan itu tetap ada di sebalik keperitan. Benarlah bagai dikata "Semua Akan Indah Bila Tiba Waktunya". Kepedihan dan kesusahan akan berbayar setelah hikmah disebaliknya sudah dirungkaikan.

Seringkali fikiran terasa tertekan, akal terkadang hilang kewarasannya namun alhamdulillah akan selalu ada keadaannya yang membawa kembali ketenangan hati dan jiwa. 

Aku tidak menjanjikan bulan dan bintang sebagai tanda penghargaan, namun aku akan terus mendaki sesuatu yang tinggi biar terubat semua kelukaan dan kedukaan. Semoga dipermudahkan...