Friday, April 20, 2018

The Confession : John Grisham


The Confession mengisahkan kepincangan sistem perundangan, kejijikkan taktik kotor pegawai penyiasat, Drew Kerber, pegawai pendakwaraya, Paul Koffee, hakim Vivian Grale dan para hakim yang lain. Mempamerkan sistem politik yang mementingkan diri sendiri tanpa sedikit belas atau keraguan jika menghukum orang yang salah demi menjaga kedudukan masing-masing. 

Donte Drumm, remaja berkulit hitam, ditangkap sedari dia berumur 19 tahun. Berada di dalam penjara selama 9 tahun. Pelbagai kisah kesenggsaraan dan ketidakadialan yang terpaksa ditanggung walaupun bagi jenayah yang tidak dilakukannya. Dipaksa membuat pengakuan. Tanpa tahu akan akibatnya, Donte terjatuh di dalam perangkap dan titik itu menjadi permulaan hitam dalam hidupnya.

Travis Boyette, penjenayah yang menjadikan penjara sebagai rumah utama dan menghabiskan hampir sebahagian besar hidupnya di penjara. Namun, ada jenayah yang lebih besar yang sepatutnya ditanggung olehnya. Disebabkan undang-undang yang buta, kejahilan pada kebenaran dan ketaksuban pada perkauman di antara orang berkulit hitam dan putih, segala usaha peguam Donte Drumm, Robbie Flak, menjadi sia-sia. Pengakuan secara terang-terangan oleh pembunuh sebenar diabaikan tanpa sebarang keraguan. Hukuman mati diteruskan. 9 orang Hakim mengesahkan hukuman tersebut tanpa ada 1 pun memihak kepada Donte Drumm. 

Kisah pembunuhan kejam Nicole Yarber yang akhirnya menjadi lebih menyayat hati apabila penyiksaan Donte Drumm selama 9 tahun dipenjara berakhir dengan hukuman mati. Apa yang diperlukan hanya penangguhan 24jam bagi menjejak tempat penyembunyian mayat / rangka Nicole Yarber untuk membuktikan Donte tidak bersalah. Tapi takdir Donte berakhir tanpa peluang yang wajar, tanpa bukti yang kukuh. Reeva, ibu kepada Nicole yang juga berjuang dan menunggu kematian Donte untuk memuaskan hatinya yang berdendam atas kematian kejam anaknya.

Pekikkan Donte sebelum dihukum mati "I am an innocent man!!!" mampu menitiskan air mata. Kisah kegigihan semangat peguam Robbie Flak hingga ke saat akhir sebelum Donte dihukum mati, begitu menaikkan semangat. Walaupun selepas ketiadaan Donte, Robbie meneruskan lagi usaha itu kerana telah berjanji untuk membersihkan nama Donte Drumm dan memberitahu dunia bahawa dia INNOCENT!

Kini kebenaran kian jelas. Satu persatu nama orang atasan dipetik dan dijadikan tajuk utama setiap akhbar. Reeva, juga turut sama menanggung rasa bersalah apabila sampai ke pengetahuannya bahawa pembunuh sebenar bukanlah Donte. Namun semua sudah terlambat.


Wednesday, April 11, 2018

Review Novel - Camino Island : John Grisham


Dari tajuk dan sinopsis buku ini, aku teruja sehingga mencari di serata bookstore yang ada di kota kinabalu ni. Rata-rata stock not available memandangkan buku ini dicetak pada Jun 2017. Mujur ada 1 bookstore yang masih in stock, itu pun hanya 2 unit sahaja.

John Grisham adalah novelis favourite aku. Ada 9 buku tulisan beliau dalam simpanan aku dan aku menyimpan kesemua 43 koleksi e-book novel beliau termasuk novel latest iaitu The Rooster Bar & The Tumor.


Cerita aku kali ini tentang novel beliau berjudul ‘Camino Island’. Aku sedikit kecewa dengan jalan cerita yang agak slow, tidak thrill seperti yang diceritakan di media.

Cerita perjalanan novelis yang pulang ke kampung neneknya, Tessa atas tugasan sebagai spy yang diterima secara terpaksa. Penulis yang terhimpit dengan story block, struggle untuk menghabiskan novel yang terbengkalai selama 5 tahun. Plot ceritanya tidak berubah dari chapter 2 hinggalah ke chapter 8.

Chapter 1 membuat aku tidak sabar membaca hingga ke halaman seterusnya. Mengisahkan pencuri yang membuat plan dan akhirnya berjaya mencuri manuskrip berharga dari main library vault di princeton university.

Chapter 2 sudah sedikit menurun momentum ceritanya. Hanya menceritakan kisah dan titik awal pembukaan sebuah kedai buku terkemuka di Camino Island iaitu ‘Bay Books’ oleh seorang pengumpul buku-buku yang rare dan berpengetahuan luas dalam ilmu penulisan buku dan apa sahaja yang berkaitan dengan buku. Bruce Cable, seorang yang amat disegani, menyanjung tinggi penulis namun menjadi perhatian beberapa pihak yang curiga akan koleksi buku rare yang beliau miliki. Samada dibeli dengan cara yang betul @ melalui pasaran gelap. 

Namun, bermula daripada chapter 3 hingga ke chapter seterusnya aku mula bosan dengan cerita-cerita dari 1 novelis kepada 1 novelis yang lain. Kebanyakannya diceritakan sebagai loser. Menceritakan penulis novel yang kehabisan idea, buku yang tidak laku, penulis yang pemabuk, penulis yang kecewa dengan perceraian hingga memusnahkan hidup, manuskrip 1st edition yang diagung-agungkan dan menjadi koleksi terkumpul, tiada peak point yang membuat aku teruja. Isi kandungan berulang-ulang walaupun mempunyai karakter berbeza-beza. 

Karakter utama dalam chapter-chapter ini, Mercer. Orangnya yang sangat membosankan. Hampir menolak apa sahaja cadangan yang dilontarkan tapi tidak mengeluarkan sebarang cadangan bernas sebagai ganti. Malah karakter dan identitinya juga membosankan. Tidak bergaul mesra, berpandangan dan bercakap secara sinis. Negatif juga dalam pelbagai segi.

Dari key tajuknya ‘someone is about to make a killing’. Perjalanan cerita di dalam plot chapter-chapternya langsung tidak menggambarkan tajuk itu. Mungkin at least bagi aku, cerita ini bukan seperti yang aku harapkan. Rata-rata review di media menyanjung novel ini, malah hampir kesemua reviewer memberikan rate 4. Mungkin cerita ini belum cukup untuk membuat aku teruja @ mungkin tidak bersesuaian dengan jiwa aku walaupun aku telah habis membaca keseluruhan novel. Namun endingnya membuat aku sedikit lega.

Next....

Monday, March 19, 2018

PENDAKIAN GUNUNG KINABALU (22-23 FEB 2018)





Tidak pernah sekalipun terlintas dalam fikiran aku, yang aku akan mendaki gunung kinabalu. Sungguhpun selama ini aku sering diperolokkan kerana menjadi orang sabah yang tidak pernah mendaki gunung kinabalu. Walhal rakan lain yang berasal bukan dari sabah telah mendaki berkali-kali. Kali ini cabaran itu tersahut juga akhirnya.

Motivasi akan datang bila adanya inspirasi. Daripada minat kepada bidang larian hinggalah akhirnya aku buat keputusan akan mendaki gunung kinabalu. Semuanya kerana inspirasi daripada seseorang yang bernama Grace Chaw haha. Entah dari mana kekuatan itu datang, aku gagahkan diri aku yang sangat penakut, untuk mendaki juga gunung yang menjadi kebanggaan itu.

Tidak aku nafikan, perasaan gementar sudah bermula daripada saat aku mendaftarkan nama sebagai pendaki yang aku buat hampir setahun lebih awal. Kali ini aku bersyukur, hasrat aku mendaki disambut meriah daripada rakan-rakan "Rojak Runners" lain. Malahan sahabat dari negeri jiran juga turut serta memeriahkan pendakian aku yang amat dramatik ini. Kali ini pendakian kami seramai 22 orang dari Sabah & Sarawak diketuai oleh aku haha

Bukan mudah untuk mendaki, malah aku diceritakan bahawa training selalunya memerlukan berbulan-bulan untuk mengumpul stamina fizikal dan mental bagi membolehkan pendakian ke puncak dengan jayanya. Aku bukanlah serajin mana, plan larian jarak jauh dan hiking yang aku impi-impikan ternyata hanya tinggal impian. Maka mendakilah aku dengan training yang sangat minima.


DAY 1








Tiba hari yang ditakuti. Pendakian kami bermula lewat kerana urusan hal pendaftaran dan pengambilan permit. Dari Sabah Park office, kami menaiki van untuk ke timpohon gate. Di sana kami diberi sedikit taklimat oleh malim gunung (mountain guide) yang pada ketika itu juga merupakan rakan kami, Fadhley. Kami hanya memulakan pendakian pada hampir pukul 12 tengahari. Kebiasaannya pendakian dimulakan pada pukul 9 pagi. Pada KM0.5 kami menjumpai Carson Fall dan sempat posing sebelum meneruskan pendakian.






 

 

Menariknya pendakian ini, pondok rehat berada di sekurang-kurangnya setiap 500 meter @ 1KM. Aku dan beberapa rakan berhenti di setiap pondok untuk mengisi air dan menghilangkan penat. Teringat aku pada kata-kata seorang rakan bernama liela pada hal refill air. Badan labu sayung aku ini hanya mampu membawa 1 liter air. Yang pastinya hingga ke laban rata, aku memerlukan sekurang-kurangnya 3-5 liter air. Maka timbullah cadangan refill air melalui pili paip air yang disediakan di setiap pondok perhentian. Pada mulanya aku teragak-agak kerana ianya hanya pili paip air gunung yang tidak dirawat. Liela memetik nama selebriti bernama Hanis Zalika yang me-refill air menggunakan paip air yang sama. Detik hati aku, selebriti yang canggih boleh minum air paip, tidakkan rakyat marhain seperti aku akan mati jika minum air paip yang sama. Alhamdulillah air tersebut sangat membantu, refreshing dan aku masih hidup sihat walafiat hingga sekarang.




Alkisah pendakian ke laban rata amat payah bagi aku yang stamina suam-suam kuku. Semangat rakan sependakian menjadi pendorong hingga sampai ke Laban Rata. Bagi pendaki yang laju dan stamina yang high class, mungkin hanya mengambil masa 3 jam sahaja, namun aku mengambil masa hampir 5 jam untuk sampai. Setibanya di laban rata, perasaan lega yang amat sangat. Imaginasi aku sebelum ini kuat mengatakan mungkin aku tidak akan sampai ke laban rata sekalipun. Alhamdulillah penyeksaan hari pertama telah berakhir. 

 

Setelah bergambar di signboard yang wajib, aku melangkah berat mendaki lagi untuk sampai ke restoran. Lapar hanya Tuhan yang tahu. Dalam perjalanan ke laban rata, salah seorang porter memberitahu bahawa restoran akan menyediakan kambing sebagai salah satu juadah. Maka berbungalah hati penggemar kambing seperti aku untuk sampai dengan pantas dan makan sekenyangnya. Kambing yang diidamkan telah tersedia, 2-3 rakan menyeloroh menunjukkan kambing kegemaran aku untuk santapan perut yang sudah berkeroncong sedari lunch time tadi. Waktu dinner di laban rata adalah pada pukul 4 petang hingga pukul 7 malam sahaja. Pendaki perlu sampai pada masa tersebut untuk mengelakkan kebuluran di negara sendiri.


  
Selesai lunch + dinner in package, masing-masing beransur ke hostel untuk membersihkan diri dan rehat. Katil double decker. Bahagian bawah telah diisi dengan pendaki yang tiba lebih awal, bagi yang lewat teruskan memanjat ke bahagian atas. Hostel kami terletak di lemaing. Dalam bilik tersebut semua daripada kalangan group aku walaupun bukan kesemuanya. Bercampur lelaki dan perempuan. Considerlah darurat haha.

Water heater ada disediakan, namun tidak berfungsi. Maka terdengar jeritan seorang rakan dari bilik sebelah menahan kesejukan yang ala-ala peti sejuk bila air mula menyirami badan kerana terlalu confident water heater tersebut berfungsi. Mandi ala kadar asalkan diri bersih dan selesa untuk berehat malam nanti. Seusai kelengkapan diri, ramai yang sudah mula tidur seawal pukul 7.30 malam. Aku hanya terlelap pada hampir pukul 8.30. Alarm aku set pada pukul 1.30 pagi.


DAY 2


 

Bunyi riuh rendah telah terdengar seawal pukul 12 tengah malam. Mujur aku dapat tidur. Beberapa rakan memberitahu, tidur aku itu diiringi bunyi dengkuran hingga membuat beberapa orang di dalam bilik tersebut tertawa. Namun itu tidak penting, yang penting aku dapat tidur haha. Sedari malam tadi, aku telah tidur dengan memakai pakaian mendaki serba lengkap kecuali winter jacket kerana walaupun diselimuti selimut tebal, kesejukan dengan temperature 7 darjah celcius itu amat menggigit hingga ke tulang. Heater tidak disediakan di hostel.

Melihat rakan lain sudah mula bersiap, aku juga turut bangun dan bersiap mana yang perlu. Dalam hampir pukul 2 pagi, kami bergerak ke restoran untuk bersarapan. Kami dinasihatkan untuk memulakan pendakian ke puncak lebih awal agar dapat sampai ke puncak gunung pada waktu yang ditetapkan. Cadangan asal, kami akan mendaki bermula pukul 2.30 pagi kerana gate hanya akan dibuka pada waktu itu. Namun menunggu selesai sarapan dan taklimat, kami hanya bergerak pada pukul 3 pagi.

Pendakian ke puncak gunung kinabalu juga mempunyai cut-off time dan check point. Check point pertama iaitu Sayat-Sayat, pada KM ke 7. Perlu tiba pada pukul 5 pagi atau selewat-lewatnya pukul 5.30 pagi untuk melayakkan diri dan dibenarkan meneruskan pendakian ke puncak. Setibanya di Sayat-Sayat, kami perlu mendaftarkan diri di kaunter dan menunjukkan ID / Permit pendakian kami menandakan kami telah tiba di check point pada masa yang ditetapkan sebelum dibenarkan meneruskan pendakian ke puncak gunung.



Pendakian ke sayat-sayat juga tidak mudah. Angin yang kuat, pendakian yang mencabar. Sebelum ini, aku sudah membayangkan pendakian di atas batu besar dengan hanya bergantung kepada 1 tali sahaja untuk sampai ke atas. Disnilah tempatnya. Perasaan takut aku sengaja aku biarkan dek kerana keinginan untuk sampai ke puncak. Kata-kata "Aku sudah di sini, habiskan sahaja apa yang telah aku mulakan. Jika tidak, semua usaha aku sedari kaki gunung di timpohon gate hingga ke laban rata dan ketika ini hanya sia-sia dan aku akan turun dengan perasaan yang sangat kecewa". Kata-kata ini umpama siaran ulangan Astro yang sentiasa aku rewind tanpa penyudah untuk menguatkan semangat dan hati aku untuk tetap terus mendaki dan mendaki. 

Sementara fikiranku ligat mengumpul kekuatan mental untuk meneruskan pendakian, tiap detik itu juga hati semakin gusar memikirkan cara untuk turun kembali ke bawah setelah sampai ke puncak gunung. Jika naik begitu menyeramkan, apakan lagi turunnya. Bagi orang yang gayat seperti aku, turun daripada tempat tinggi sama juga dengan menolak aku terus jatuh ke gaung tanpa belas kasihan. Itu perasaan dan imaginasi negatif aku yang sukar aku tepis.

Ketika di sayat-sayat, aku sempat berbaring seketika di atas batu. Pemandangan bintang di langit adalah yang teramat indah yang pernah aku saksikan selama hayat aku. Sayang pemandangan amazing itu tidak dapat aku rakamkan di dalam kamera handphone aku. Selepas seketika, kami meneruskan lagi pendakian. 

Jika untuk larian, 500 meter hanya sesuatu yang amat mudah. Namun bagi pendakian gunung kinabalu ini, 500 meter umpama 42KM rasanya. Pendakian yang tiada kesudahan tapi hanya bergerak beberapa meter. Dipertengahan jalan, kami sudah terlalu penat dan kesejukan. Kami terbaring dan duduk beberapa kali di ruang batu yang agak curam bagi mengambil nafas yang semakin sesak dan kelesuan yang tidak terhingga.

Tidak lama kemudian, muncul seorang malim gunung bernama 'luke'. Dia memberi kata-kata semangat (membebel) agar kami sampai ke puncak. kami diarahkan untuk menuruti langkah demi langkahnya yang perlahan tetapi keep moving. Alhamdulillah kami mendapat keyakinan semula. Aku mengikuti dekat di belakangnya. Tiba di KM 8, kami dibenarkan berehat. Kami sempat posing berkeping-keping menghadap view yang sangat amazing.





Jarak ke kaki puncak gunung adalah sejauh 500 meter sahaja lagi dan untuk sampai ke puncak perlu mendaki hampir 90 darjah dengan jarak 0.22 meter. Jarak keseluruhan dari timpohon gate ke puncak adalah sejauh 8.72KM. Manakala ketinggian di puncak adalah 4095.2 Meter dari aras laut.




 




Aku meneruskan lagi pendakian bagi mengejar cut-off time pada pukul 7 pagi. Mendaki demi mendaki sampai jugak ke kaki puncak gunung. Di sana aku lihat ramai pendaki yang sudah mula turun setelah berpuluh gambar posing yang diambil di signboard puncak tersebut. Ramai yang mengeluh kerana terlalu ramai berebut untuk bergambar di signboard yang menjadi kebanggan di dada-dada facebook menunjukkan telah sampai ke puncak. 

Lambat tidak selalunya rugi. Ketika di puncak, saingan aku terlalu kurang. Aku sempat berposing secara solo dengan pelbagai aksi sebelum menunggu rakan yang lain sampai ke puncak. Letih, lesu dan pernafasan yang sesak tiba-tiba hilang dengan perasaan puas telah menawan puncak yang tidak pernah aku termimpi untuk menjejakkan kaki.







  



Alhamdulillah, aku dan rakan-rakan aku Nadia, Edward & Liela selamat sampai ke puncak gunung kinabalu. Pengalaman dan pencapaian yang sangat manis dan berharga untuk aku dan Nadia kerana pertama kali menjejakkan kaki di puncak gunung tersohor ini.







Akhir kata, aku ucapkan terima kasih atas doa dan dorongan yang tidak putus-putus untuk kakak aku, kak Aishah, pada motivasi dari sumber inspirasi aku bernama Grace Chaw, rakan-rakan aku Nadia, Edward, Kak Azibah, Eyong, Suzi, Badank, Hany, Claire, Rauzan, Liela dan rakan sependakian yang lain. Tanpa mereka, tidak akan terjejak kaki si penakut ini hingga ke puncak Gunung Kinabalu. I love everyone of you hehe. Sekian. Adios!