Sunday, June 27, 2010

Nak Solat Pon Kene Bayar??????...

Semalam saya dan kawan-kawan keluar untuk bersiar-siar. Bila tiba waktu solat, kami pergi ke suatu surau di sebuah pusat membeli belah. Cari punya cari rupanya surau tersebut terletak di luar kawasan pusat membeli belah tersebut yang juga dalam erti kata lain di kawasan tempat letak kereta. 

Apa yang paling mengejutkan ialah apabila saya terlihat satu notis yang di tampal di luar surau tersebut yang mengatakan sesiapa yang ingin mengerjakan solat haruslah membayar terlebih dahulu di kaunter masuk ke surau tersebut. 

Apa yang saya ingin katakan di sini adalah bukan soal berapa jumlah yang hendak di bayar tapi apa yang saya kesalkan adalah bila tempat beribadat di jadikan sebagai punca perniagaan untuk mengaut keuntungan. Apalah nak jadi dunia ni, semakin hari semakin banyak benda pelik yang jadi. 


Wallahu A'lam....



Monday, June 21, 2010

Di suatu petang yang ntahpapentah...

Kejadian berlaku di satu opis....

Si Fulan A : aku pelikla...

Si Fulan B : apasal?

Si Fulan A : ko online, aku pun online....

Si Fulan B : so?

Si Fulan A : tapi nape nama ko tak kuar
kat list kengkawan aku yang online?

Si Fulan B : owh aku rasa line macam tak elok la
kekadang list hilang-hilang...

Si Fulan A : ye ke? aku pun rasa macam tu la....

Si Fulan B : ye... ye... (Fuhh!!! selamat aku sikit je
nak kantoi yang aku dah remove dia) kwah3!!!

Tuesday, June 15, 2010

"Amazing!!! Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman"
















Nama Hajjah Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman bukan lagi satu nama yang asing pada ketika ini. Kejayaan dan pencapaian beliau yang sangat membanggakan membuat saya kagum dan menghormati insan ini. Rentetan daripada itu, baru-baru ini beliau diberi kepercayaan untuk mengacakan sebuah rancangan realiti TV iaitu Akademi Al-Quran Musim ke-4 yang disiarkan di TV9.


Namun apa yang membuat saya terpanggil untuk mewujudkan ruangan ini adalah berkenaan dengan suara-suara sumbang yang seringkali kedengaran akhir-akhir ini.

Tidak dinafikan penampilan beliau amat berbeza dengan imej yang ditampilkan oleh Qariah-Qariah sebelum ini di mana bila sahaja perkataan Qariah itu disebut secara automatik gambaran yang bermain di kepala ialah wanita yang bertudung labuh.

Apabila Hajjah tampil dengan imej yang bersahaja dan sempoi ada pula yang tidak berpuas hati dan tidak sudah-sudah mengutuk dan memberi komen-komen yang sangat menyakitkan telinga dan mata yang melihat. Tidak salah untuk memberikan pandangan dan teguran memandangkan ianya amat perlu bagi memperbaiki dan mengubah apa yang patut, akan tetapi biarlah pandangan yang diberikan itu terarah kepada sesuatu yang membina dan bukannya merosakkan.

Mungkin ada di antara mereka yang tidak tahu Qariah kita ini hanya berusia 28 tahun dan seharusnya beliau juga berhak untuk hidup seperti mereka-mereka di luar sana yang seusia dengannya. Apa yang saya maksudkan di sini bukanlah kehidupan yang sosial dan pergaulan yang bebas tapi cukuplah agar Hajjah diberi peluang dan kebebasan untuk memilih cara hidup dan imejnya sendiri. Yang penting Hajjah masih lagi berada di landasan yang betul dan masih tidak bertentangan dengan apa yang disyariatkan.

Allah memberikan kelebihan yang berbeza-beza bagi setiap seorang daripada kita, jadi biarlah kita menghargai anugerah yang amat bernilai yang diberikan kepada beliau yang tidak kita miliki. Lebih-lebih lagi beliau berjuang dalam memartabatkan Al-Quran di mata masyarakat yang kian lalai dan leka dengan hiburan yang boleh merosakkan akhlak dan akidah.

Cubalah untuk menghormati prinsip beliau, janganlah hanya tahu menghukum dan mencerca tanpa menilai dan meneliti mesej yang cuba disampaikan.

Saya pasti Hajjah sendiri sentiasa cuba untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri. Tiada manusia yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan setiap kali itu juga mereka harus diberi peluang untuk mengubah apa yang patut.

Wallahua'lam.....

Monday, June 14, 2010

Or.....

Do or not to do,
The option is yours and all yours,
Try or not to try,
You are the one who will be affected by the result,

See or not to see,
It is you who can pretend,
Hear or not to hear,
Only you can answer that,

Thus,
What I wanna tell you,
Do something good,
Try something beneficial,
See behind the things,
Hear the bad hearsay about you,

So that you can evaluate the hearsay,
So that you can understand yourself,
So that you can change any bad things,
So that you can be a better one.



Sunday, June 13, 2010

Langkah...

ku biarkan kaki ini melangkah...
dari setapak ke setapak....
sedangkan jiwa ini masih belum menerima...
sedangkan naluri ini masih tidak memilih....

dalam ia masih melangkah...
hati ini masih tertanya apakah ini agaknya...
kisah penyudahnya pesona kehidupan yang di cari...

hingga kini ia masih melangkah...
melangkah dan terus melangkah...
tanpa sedar ia hampir ke garisan akhir...
namun apa yang terjadi selepas ini...
hanya yang Esa ada jawapannya...
hanya Ilahi penentu kesudahannya....

Keluhan....

Keluhan hati meratap lesu....
pada sesuatu yang bukan menjadi milik hakiki,
di suatu sudut juga terbayang wajah-wajah...
yang memandang dengan penuh iri dan nista...
seketika cuba memaksa diri untuk berlari jauh,
agar ianya samar dari pandangan, biarpun begitu,
telinga masih tetap tak sunyi mengalunkan melodi kekecewaan,
biar ku ke kiri ia tetap menghantui,
biar aku ke kanan ia tetap menyelubungi,
ke mana arahnya langkah kaki hendak ku jejakkan,
ke mana jauhnya hasrat hati ingin ku bawa,
namun tak akan ada penyudahnya,
sehingga aku kembali pada yang Esa,
sehingga aku berdepan dengan situasi yang ku cuba menjauhi....

Lancang kuning.....

Seburuk mana pun seseorang itu........
dia tetap seseorang yang istimewa bagi seseorang yang menyayanginya...........
dan walaupun tiada siapa pun yang menganggapnya istimewa........
dia masih lagi seseorang yang istimewa di sisi TUHAN..............