Friday, April 20, 2018

The Confession : John Grisham


The Confession mengisahkan kepincangan sistem perundangan, kejijikkan taktik kotor pegawai penyiasat, Drew Kerber, pegawai pendakwaraya, Paul Koffee, hakim Vivian Grale dan para hakim yang lain. Mempamerkan sistem politik yang mementingkan diri sendiri tanpa sedikit belas atau keraguan jika menghukum orang yang salah demi menjaga kedudukan masing-masing. 

Donte Drumm, remaja berkulit hitam, ditangkap sedari dia berumur 19 tahun. Berada di dalam penjara selama 9 tahun. Pelbagai kisah kesenggsaraan dan ketidakadialan yang terpaksa ditanggung walaupun bagi jenayah yang tidak dilakukannya. Dipaksa membuat pengakuan. Tanpa tahu akan akibatnya, Donte terjatuh di dalam perangkap dan titik itu menjadi permulaan hitam dalam hidupnya.

Travis Boyette, penjenayah yang menjadikan penjara sebagai rumah utama dan menghabiskan hampir sebahagian besar hidupnya di penjara. Namun, ada jenayah yang lebih besar yang sepatutnya ditanggung olehnya. Disebabkan undang-undang yang buta, kejahilan pada kebenaran dan ketaksuban pada perkauman di antara orang berkulit hitam dan putih, segala usaha peguam Donte Drumm, Robbie Flak, menjadi sia-sia. Pengakuan secara terang-terangan oleh pembunuh sebenar diabaikan tanpa sebarang keraguan. Hukuman mati diteruskan. 9 orang Hakim mengesahkan hukuman tersebut tanpa ada 1 pun memihak kepada Donte Drumm. 

Kisah pembunuhan kejam Nicole Yarber yang akhirnya menjadi lebih menyayat hati apabila penyiksaan Donte Drumm selama 9 tahun dipenjara berakhir dengan hukuman mati. Apa yang diperlukan hanya penangguhan 24jam bagi menjejak tempat penyembunyian mayat / rangka Nicole Yarber untuk membuktikan Donte tidak bersalah. Tapi takdir Donte berakhir tanpa peluang yang wajar, tanpa bukti yang kukuh. Reeva, ibu kepada Nicole yang juga berjuang dan menunggu kematian Donte untuk memuaskan hatinya yang berdendam atas kematian kejam anaknya.

Pekikkan Donte sebelum dihukum mati "I am an innocent man!!!" mampu menitiskan air mata. Kisah kegigihan semangat peguam Robbie Flak hingga ke saat akhir sebelum Donte dihukum mati, begitu menaikkan semangat. Walaupun selepas ketiadaan Donte, Robbie meneruskan lagi usaha itu kerana telah berjanji untuk membersihkan nama Donte Drumm dan memberitahu dunia bahawa dia INNOCENT!

Kini kebenaran kian jelas. Satu persatu nama orang atasan dipetik dan dijadikan tajuk utama setiap akhbar. Reeva, juga turut sama menanggung rasa bersalah apabila sampai ke pengetahuannya bahawa pembunuh sebenar bukanlah Donte. Namun semua sudah terlambat.


Wednesday, April 11, 2018

Review Novel - Camino Island : John Grisham


Dari tajuk dan sinopsis buku ini, aku teruja sehingga mencari di serata bookstore yang ada di kota kinabalu ni. Rata-rata stock not available memandangkan buku ini dicetak pada Jun 2017. Mujur ada 1 bookstore yang masih in stock, itu pun hanya 2 unit sahaja.

John Grisham adalah novelis favourite aku. Ada 9 buku tulisan beliau dalam simpanan aku dan aku menyimpan kesemua 43 koleksi e-book novel beliau termasuk novel latest iaitu The Rooster Bar & The Tumor.


Cerita aku kali ini tentang novel beliau berjudul ‘Camino Island’. Aku sedikit kecewa dengan jalan cerita yang agak slow, tidak thrill seperti yang diceritakan di media.

Cerita perjalanan novelis yang pulang ke kampung neneknya, Tessa atas tugasan sebagai spy yang diterima secara terpaksa. Penulis yang terhimpit dengan story block, struggle untuk menghabiskan novel yang terbengkalai selama 5 tahun. Plot ceritanya tidak berubah dari chapter 2 hinggalah ke chapter 8.

Chapter 1 membuat aku tidak sabar membaca hingga ke halaman seterusnya. Mengisahkan pencuri yang membuat plan dan akhirnya berjaya mencuri manuskrip berharga dari main library vault di princeton university.

Chapter 2 sudah sedikit menurun momentum ceritanya. Hanya menceritakan kisah dan titik awal pembukaan sebuah kedai buku terkemuka di Camino Island iaitu ‘Bay Books’ oleh seorang pengumpul buku-buku yang rare dan berpengetahuan luas dalam ilmu penulisan buku dan apa sahaja yang berkaitan dengan buku. Bruce Cable, seorang yang amat disegani, menyanjung tinggi penulis namun menjadi perhatian beberapa pihak yang curiga akan koleksi buku rare yang beliau miliki. Samada dibeli dengan cara yang betul @ melalui pasaran gelap. 

Namun, bermula daripada chapter 3 hingga ke chapter seterusnya aku mula bosan dengan cerita-cerita dari 1 novelis kepada 1 novelis yang lain. Kebanyakannya diceritakan sebagai loser. Menceritakan penulis novel yang kehabisan idea, buku yang tidak laku, penulis yang pemabuk, penulis yang kecewa dengan perceraian hingga memusnahkan hidup, manuskrip 1st edition yang diagung-agungkan dan menjadi koleksi terkumpul, tiada peak point yang membuat aku teruja. Isi kandungan berulang-ulang walaupun mempunyai karakter berbeza-beza. 

Karakter utama dalam chapter-chapter ini, Mercer. Orangnya yang sangat membosankan. Hampir menolak apa sahaja cadangan yang dilontarkan tapi tidak mengeluarkan sebarang cadangan bernas sebagai ganti. Malah karakter dan identitinya juga membosankan. Tidak bergaul mesra, berpandangan dan bercakap secara sinis. Negatif juga dalam pelbagai segi.

Dari key tajuknya ‘someone is about to make a killing’. Perjalanan cerita di dalam plot chapter-chapternya langsung tidak menggambarkan tajuk itu. Mungkin at least bagi aku, cerita ini bukan seperti yang aku harapkan. Rata-rata review di media menyanjung novel ini, malah hampir kesemua reviewer memberikan rate 4. Mungkin cerita ini belum cukup untuk membuat aku teruja @ mungkin tidak bersesuaian dengan jiwa aku walaupun aku telah habis membaca keseluruhan novel. Namun endingnya membuat aku sedikit lega.

Next....