Wednesday, October 31, 2012

Semua Akan Indah Bila Tiba Waktunya



Beberapa ketika lamanya menyepikan diri, cuba mencari haluan baru yang ternyata lebih tenang dan bahagia. Beberapa ketika terasa bagai hamba yang tidak bertuan, bagaikan lembu yang diikat talinya. Biar berapa banyak pun perumpamaannya, namun itulah hakikat yang telah dilalui. Tidak dikatakan menyesal kerana itu takdir yang telah tersurat.

Bersyukur dengan adanya insan-insan tersayang yang sentisa bersabar dan mendoakan. Sahabat handai yang tidak pernah jemu memberikan dorongan dan sokongan hingga membuka mata yang telah sekian purnama menjadi buta. Usah diulangi semula semua kisah tipu daya yang bertopengkan keindahan, kerana semua telah ku bakarkan di dalam api yang membakar & abu-abu telah diterbangkan angin entah ke mana.

Hidup tidak selalunya indah, namun keindahan itu tetap ada di sebalik keperitan. Benarlah bagai dikata "Semua Akan Indah Bila Tiba Waktunya". Kepedihan dan kesusahan akan berbayar setelah hikmah disebaliknya sudah dirungkaikan.

Seringkali fikiran terasa tertekan, akal terkadang hilang kewarasannya namun alhamdulillah akan selalu ada keadaannya yang membawa kembali ketenangan hati dan jiwa. 

Aku tidak menjanjikan bulan dan bintang sebagai tanda penghargaan, namun aku akan terus mendaki sesuatu yang tinggi biar terubat semua kelukaan dan kedukaan. Semoga dipermudahkan...

Tuesday, April 17, 2012

Merlin Season 1 - 4



Dari kiri, Guinevere @ Gwen (Angel Coulby), Lady Morgana (Katie McGrath), Gaius (Richard Wilson), Merlin (Colin Morgan), Prince/King Arthur Pendragon (Bradley James), King Uther Pendragon (Anthony Head).


Ohoooo Merlin... Merlin... Merlin... memang dari dulu lagi aku suka sangat series ni. Serius best. Tapi sebelum ni susah nak tengok sebab selalu terlepas episod. Now, yippieee... aku dapat download cite ni dari season 1 hinggalah season 4... ahahhaa best... best...


Series Merlin ni mengisahkan seorang 'serving boy' yang bernama Merlin yang mempunyai 'Magic' & dia ditakdirkan untuk melindungi seorang putera raja bernama Arthur yang akhirnya dapat mewarisi takhta dan menjadi raja Camelot. Kingdom of Camelot mengharamkan penggunaan 'Magic' yang dipercayai hanya akan membawa kepada sihir jahat. Pengharamannya telah bermula daripada zaman pemerintahan bapa Arthur iaitu King Uther. 


Selain Prince Arthur, King Uther mempunyai seseorang lain di bawah jagaannya iaitu Lady Morgana. Orang kepercayaan Uther yang juga merangkap physician iaitu Gaius sering menjadi rujukan kepada Uther di dalam hal berkaitan 'Magic' ataupun medic. Guinevere ditugaskan untuk menjadi 'serving girl' kepada Lady Morgana. Gwen juga merupakan kekasih kepada Arthur. Walaubagaimanapun, mereka terpaksa menyembunyikannya kerana Uther menghalang keras kepada perhubungan tersebut.



Cerita bermula apabila Morgana mendapat tahu bahawa dia mempunyai 'Magic' & sentiasa merasakan yang Uther akan membunuhnya seperti ahli2 'magic' yang lain. Morgana akhirnya telah memilih 'black magic' semata-mata ingin membalas dendam kepada Uther yang dianggapnya kejam kerana memberi hukuman mati kepada sesiapa saja yang mempunyai 'magic' tak kira lelaki, perempuan @ kanak-kanak. Namun lama-kelamaan Morgana yang sangat baik hati telah bertukar menjadi seorang perempuan yang sangat kejam & tanpa disedarinya dia malah lebih berkali ganda kejam berbanding Uther.



Dendam Morgana menjadi lebih teruk apabila dia mengetahui bahawa dia juga adalah anak kepada Uther, hasil daripada perbuatan curang ibunya semasa ketiadaan ayahnya yang dihantar berperang dimana ayahnya mati di medan perang. Alasan itu digunakan Morgana untuk merampas takhta yang sepatutnya diwarisi Arthur. Disebabkan dendam Morgana & percubaannya berulang kali untuk menjatuhkan kerajaan Camelot... akhirnya Uther mati, selepas beberapa ketika mengalami sakit yang berpanjangan kerana terlalu kecewa dikhianati Morgana yang amat disayanginya. Selepas kematian Uther, Arthur telah mewarisi takhta Camelot dan menjadi King of Camelot. 



Menurut sumber, Series Merlin ini akan tamat pada season yang kelima. season 5 baru memulakan penggambaran pada March 2012, so release date masih belum diketahui. Tak sabar nak tunggu series baru tapi sedih jugak sebab Morgana dah mati masa season 5 ni... Maaflah banyak bubuh gambar Morgana, sebab aku minat kat dia... ehehhehe... Beautiful Lady Morgana @ Katie McGrath...  Sekian sahaja laporan saya... nak sambung tengok season 4 episod 9, 4 episod lagi nak habis... Adois...;)

Tuesday, March 6, 2012

Korean Drama - Bad Love / Cruel Love ;p



Minggu lepas baru je habis tengok cite ni. ohoooo.... gilerrrr romantikkkkk... aiseymennnnn... manade laki romantik, setia & the bomb mcm ni lagi.... dah tamat dah riwayat spesis tersebut... yang ada al-poyosssss jerrr... apapun... den jatuh cinta utk kali ke 1 juta kat kwon sang woo... lps cite stairways to heaven & sad love story, cite ni la den sabo nak tgk each & every scenes. wlupn cite ni agak lembab sket, tp sebab mamat nama "Kang Yong Gi" (Kwon Sang Woo) kat dlm cite ni mmg dasat punya kisah cinta... aku habiskan jugak hingga titik ke terakhir. 



Scene yang buat aku cair tahap iceberg kene matahari terik ialah scene bila Yong Gi kejar makwe dia sampai kene langgar ngan kete pon & kepala berdarah pon dia masih gagahkan diri jugak kejar.... adoi... adoii... adoiii... tipu je kan... mamat mcm ni available kat korea je... sebab tu aku adore mamat korea whahahhaa... tapi ada clause la... mamat korea yg dah gi plastic surgery kuikuikui....



Lagi... lagi... dan lagi... macam biasa... cite korea memang power dgn lagu... lagi2 time scene sedih tu kapel lagi dgn lagu gilerrr pny jiwang... sore seksi penyanyi korea... perggghhh!!! gilossss!!!.... (tak lebih2 ke aku ni whahahha).... kat atas ni antara lagu yg best... & yang kat bawah ni lagu fav aku... aku sgt2 sukaaaaaa... yuhuuuu....



Bagi aku cite ni 4 bintang coz cite dia mmg best gile. yang buat aku xkasi 5 bintang sbb cite ni lembab sangat. aku ni xberapa sgt tgk cite2 sedih ni, aku suka cite klaka mcm cite "Full House"... tp tu je la sbb dia ehehhe... lain2 sume perfect! kat bawah ni lagu2 yang best lagi dalam cite ni... act, sume lagu cite ni best sgt2... so sume la aku suka whahahha





Dah terlanjur aku promote cite ni kat orang, skang keje aku downloadkan cite ni plak kat dia whahahhaa... aku tengok online jerrr... chow chin chow!!! ;p

Sang Woo Oppa saranghe!!! ;p

Jangan Tinggal Daku... Sabariah... ;p

Sayu plak dengar lagu ni malam2. Masih terbuai2 lagi masa lagu ni dimainkan dengan sexaphone oleh seorang uncle pagi tadi. hadoiiiii besttttt gilerrrr.... boleh tetibe jadi jiwang plak aiseymennnn... terimbau lagi kenangan2 terindah... yg dah xde tuh... isk isk isk...

lagu ni mmg sesuai main dgn sexaphone je... instrument lain rasa xdpt tune ni... mmg the bomb!!!





Jangan tinggal daku
Oh adik oh juwita
Kanda sedang rindu
Pada mu yang manis jelita

Hanya dikau seorang
Oh bintang oh pujaan
Tempat kasih sayang
Harapan di masa hadapan

Andai dinda pergi
Daku teman tiada
Meratap sunyi
Hampa merana

O o o jangan tinggal daku
O dewi O manisku
Kanda rindu selalu
Senyuman yang manis bermadu

Andai dinda pergi
Daju teman tiada
Meratap sunyi
Hampa merana

O o o jangan tinggal daku
O dewi O manisku
Kanda rindu selalu
Senyuman yang manis bermadu

Monday, January 23, 2012

Meruntun Jiwa : Lagu - Fadl Shaker - Ana Shta'tellak (I Miss you)


MasyaAllah bestnye lagu ni... malam2 ni dengar plak lagu mcm ni... ish3... rasa macam nak pegi tepi pantai nyalakan unggun api sambil cipta puisi plak rasanya ehehehe.... aiseymen... jatuh cinta dengan lagu ni... rasa macam nak kasi kat seseorang tapi rasanya dah xberguna lagi... tapi takpela dengar lagu ni dah cukup best dah... layannn... ;)

مرقت ليالي ولليوم ماطليت

alot of nights passed and you didn't come back 

زعلان وصارلك مدي قولك بدا هالقدي
you are angry because of me it's really not that big

ياخوفي قسوة قلبك تكبر كل مالوقت يطول
i'm scared that your heart will become like a stone if our separated take any longer 

تعرف ياغالي من ليلة الفليت 
do you know , from the night you left 

بشوفك ليلي حدي ..جاي وجايبلي وردة
i see you next to me and you gave me a flower 

بتكي راسي عكتفك وبغمض عيني وقول
lie my head on your shoulder close my eyes and say 

بغمض عيني وقول
close my eyes and say 

حبيبي ياحبيبي... انا اشتقتلك انا بحنلك
my lover my lover i missed you i really do 

متل شمعة على غيابك انا عم دوب
like a candle when you are away i'm melting 

سهر عيني بيهون عليي إذا بعرف قلت راجع بعد الغروب
all this nights without sleeping will be easy on me if you promised you will come back 

تسدق حبيبي بتنأوز عالحكي .. متل الطفلة الشقية
do you believe it , i become like a child 

بدا تسرق خبرية .. تسمع عنك شي كلمة تطمني تردلي الروح
i want to know any news about you , hear anything to put me on ease 

حتى المطارح عم تسأل شوبكي
even the places asking what's wrong 

وينو اللي قلك ياحبي ... ماحنعرف معنى الغربي
where is that person who used to tall you my lover . i become like stronger 

رحت وهيك تركتلي قلبي .. عم بيلم جروح
you left and left my heart .. full with scars 

عم بيلم جروح حبيبي ياحبيبي... انا اشتقتلك انا بحنلك
this scars really painful my lover .. i miss you i really do 

متل شمعة على غيابك انا عم دوب
like a candle when you are far away i'm melting 

"Adalah lebih baik dibenci kerana menjadi diri kita sebenar dari di sayangi akibat dari pura pura"

Kata2 ni aku dapat dari 'status fb' Prof. Dr. Muhaya. Prof Muhaya skang ni memang tengah top. Mungkin sebab kebijaksanaan dan ilmu yang dibawakan tu menarik hati ramai orang. Aku selalu baca dan dengar kata2 yang disampaikan. Memang bermakna sangat & lebih praktikal. Maksud aku apa yang di ketengahkan tu selalu kena mengena dengan hal kehidupan ramai orang.



Berbalik pada tajuk di atas tu. "Adalah lebih baik dibenci kerana menjadi diri kita sebenar dari di sayangi akibat dari pura pura". Hati aku betul2 tersentak. Aku tak pernah terfikir tentang kata2 ni. Memang power betul. 



Prinsip aku semua orang ada perangai dan prinsip masing2. Sebab tu aku selalu jadi diri aku sendiri & malas nak jadi hipokrit. Tapi kadang2 tu aku rasa macam ramai orang kat dunia ni lebih suka orang yang berpura2. Aku selalu takut orang tak suka aku kalau aku jadi diri sendiri sebab aku tengok ramai orang lebih terpesona dengan orang yang nyata berpura-pura. 


Bila baca kata2 Prof.Muhaya ni aku rasa lebih selesa dan aku rasa memang betul sangat2 kata2 ni. Aku patut teruskan jadi diri sendiri walaupun ada orang benci aku. Aku tak perlu sedih orang tak suka aku sebab aku tak berpura2. Aku tak perlu gusar sebab Allah tetap ada, yang penting niat aku kene betul. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Lindungilah hamba Mu ini ya Allah... Amin...

Sunday, January 1, 2012

Niat tidak menghalalkan cara


Aku tak pernah meminta balasan untuk setiap apapun yang aku pernah buat. Malah aku tak pernah langsung mengungkit. Bagi aku, aku buat dengan sukarela sebab aku menghargai perhubungan yang ada. Betullah bukan semua orang akan menghargai kita. 

Aku selalu cuba membuktikan yang aku ikhlas tapi aku selalu disalah erti. Malah, setiap yang buruk jadi padanya akulah dituduh pelakunya. Apa dosa aku sampaikan semua kebaikan yang aku berikan diberikan cercaan dan hinaan diakhirnya.

Memang silap aku terlalu mengangkat ciptaan Allah itu terlalu tinggi. Setinggi langit sehingga aku sendiri pun tak mampu nak mencapainya kembali. Aku buta pada keadaan, aku tuli pada kata-kata orang yang menasihati aku. Aku terlalu dikaburi dengan kekaguman aku yang melampau-lampau. Ya Allah ampunilah aku...

Aku ada terdengar salah satu kuliah bersama Prof. Dr. Muhaya yang antaranya mengatakan bahawa di akhirat Allah berfirman antara maksudnya "pergilah engkau pada manusia yang kamu mahu dia redhai kamu, jangan kamu datang kepada aku sedang bukan redha aku yang kamu cari." Ya Allah, mendengarkan ini betul-betul memberi tamparan yang amat kuat pada aku. Aku tersedar bahawa aku sudah terlalu jauh tersasar. 

Inilah bahananya jika terlalu mengharap pada manusia. Manusia itu ciptaan Allah. Bagaimana kita boleh kagum dan memuja-muja manusia sedangkan mereka itu juga suatu ciptaan? Aku insaf dengan perbuatan aku sebelum ini. 

'Niat tidak menghalalkan cara'. Niat aku ingin menghargai ciptaan Ilahi dan berasa berbangga kerana aku berada bersama dengan orang yang mempunyai kurniaan yang cukup indah dan hampir sempurna di luaran. Tapi tiada manusia yang sempurna di muka bumi Allah yang luas ini. Manusia itu serba kekurangan. Sungguhpun ilmu mereka melepasi langit, itu masih setitik daripada air dilautan. Hanya Allah Maha Mengetahui.

Semua itu milik Allah, tiada milik kita. Usahlah kita menjalani hari-hari yang mendatang dengan mendabik dada & tak mahu berpijak di atas tanah. Siapalah kita tanpa redha Allah. 


Dulu aku sering mencari-cari apalagi yang harus aku lakukan agar dia berpuas hati dan menghargai aku, tapi setiap kali pun juga aku kecewa kerana dia langsung tidak pernah menghargai aku malah mengatakan aku tidak pernah hormati dia. Semuanya sudah tidak seperti yang dirancangkan, malah menjadi terlalu buruk. 

Aku sering takut kehilangannya, maka pelbagai cara aku lakukan untuk menjaga dia. Bila ketikanya dia mengatakan akan pergi, aku jadi hilang arah dan aku cuba sedaya ku membawanya kembali. Tapi Allah menyediakan keadaan yang lain untuk aku. Ketika aku mencuba pelbagai cara agar dia tidak pergi jauh, Allah tidak mengizinkan. Bukan sahaja dia pergi jauh dari aku, malah dia juga membenci aku dan aku telah hilang dia selama-lamanya.

Perasaan itu ada kepelikannya. Seringkali berasa rindu. Terimbau yang indah-indah dan teringat semua perancangan yang telah diatur. Namun semua telah hancur.

Kini aku sudah tak mahu tersalah langkah. Aku mahu menjalani hidup aku kerana Allah dan kerana diri aku sendiri. Aku mahu redha Allah dan redha kedua ibu bapa ku. Aku tidak mahu kenangan lalu menyekat kebebasan aku. Aku tidak mahu kenangan lalu membuat aku jadi sugul dan bersedih. Yang lepas biarkan berlalu, yang di hadapan aku akan cuba buat sebaik mungkin. 

Aku tidak menyimpan dendam dengan sesiapa. Aku mahu jadi seorang yang penyabar. Biarlah apapun orang nak buat, biarlah apapun orang nak kata. Aku hanya mahu redha Allah, itu saja. Aku pasrah dan redha dengan apa yang terjadi kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. 

Semoga Allah mengampuni aku yang terlalu banyak melakukan kesilapan dan semoga Allah sentiasa melindungi aku dan mengizinkan aku menjadi lebih baik dan diredhainya. Amin.










Ikhlasnya hati sering kali disalah erti
Tulusnya budi tidak pernah engkau hargai
Berlalu pergi dengan kelukaan ini
Ku mengalah,ku bersabar

Bertentang mata seolah olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu

Manis di bibir memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlena pastinya terpukau
Pujukmu,rayumu,suaramu yang menagih simpati dan harapan

Engkau pastinya tersenyum dengan pengunduran diriku
Tetapi bagiku pula suatu ketenangan
Andainya kita terus bersama belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah cara hidupmu

Ada rahmatnya bila tidak lagi bersama
Terasa jauh diriku ini dengan dosa
Ku tinggalmu walau tanpa kerelaan yang nyata
Kau tidak berubah

Bertentang mata seolah olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu

Manis di bibir memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlena pastinya terpukau
Pujukmu,rayumu,suaramu yang menagih simpati dan harapan

Engkau pastinya tersenyum dengan pengunduran diriku
Tetapi bagiku pula suatu ketenangan
Andainya kita terus bersama belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah cara hidupmu

Katalah apa yang kau ingin
Selagi kau dapat berkata
Memang begitu sikapmu semenjak dahulu
Andainya kita terus bersama belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah cara hidupmu


"Whatever you give to life, it goves you back.
Do not hate anybody.
The hatred which comes out from you will someday comeback to you.
Love others, and love will comeback to you."

"HAPPY NEW YEAR 2012" ;)