Monday, November 28, 2011

1 Muharram 1433 H = 27 November 2011 = Birthday Aku ;p


Alhamdulillah Allah masih mengizinkan aku bernafas hingga ke hari ini. Rasa sangat bersyukur dan bahagia bila hari lahir aku 27.11.11 pada tahun ini jatuh pada 1 muharram 1433. Terasa besarnya rahmat dan kurniaan Ilahi.

Tahun baru hijrah maksudnya kene berazam yang baik-baik. Alhamdulillah sebahagian azam aku thn lps dah pun tertunai. yang paling besar skali chambering aku dah tamat & aku dah jd lawyer kat sabah. Skang tggl nak fikir utk habiskan chambering kat kl plak. xterasa nnt mst akan habis jugak.

Aku akui kadang2 aku rasa tak bersyukur jugak dgn apa yg aku ada, lebih2 lagi bila diberikan ujian yang bertimpa-timpa pada aku. kdg2 aku rs mcm berat sangat aku nak tanggung n selalu jugak aku rs fed up dgn hidup. Yela, sape yang tahan bila belum pun hbs 1 dugaan, dtg pulak dugaan lain n lagi dan lagi... Tapi memang Allah syg kat aku sbb walaupun Allah kasi ujian besar2 kat aku tapi Allah ganti dgn kebahagiaan lain. Apa kebahagiaan tu aku mmg xdpt nak listkan sbb byk sgt. SubhanAllah walhamdulillah wala ilaha illAllahu wAllahu Akbar!

Walau macam mana pn dugaan yang aku dah terima n wlupun yg akan dtg, aku akan cuba utk lebih positif & xbersangka tak baik dgn Allah swt, berdosa tu. 

Sempena birthday aku yang sangat barokah ni, aku berazam utk jadi manusia yang sangat baik, hamba Allah yang taat & lebih mendekatkan diri padaNya, umat Nabi Muhammad saw yang cuba menerapkan sunnah rasulullah dalam semua hal, anak pada mak bapak aku yang solehah, jadi sahabat yang bertolak ansur dan penyabar, menjadi pekerja yang sgt dedikasi, memajukan dengan tekun, rajin, berkualiti dan sangat komited pada perniagaan yang bakal aku usahakan tak lama lagi & apa jugak perkara yang baik2 aku akan cuba jadikan motivasi dan panduan hidup aku sehari2.

Ya Allah ya Tuhan ku, Kau ampunilah dosa ku, dosa kedua ibu bapa ku, adik beradik ku, sahabat2 ku dan kaum muslimin & muslimat sekalian alam. Sesungguhnya hanya pada Mu tempat aku mengadu dan memohon pertolongan. Hanya Pada Mu jua segala pujian harus ku sandarkan. Aku mohon agar segala usaha ke arah kebaikan Kau kurniaakn rahmat dan jalan yang luas agar ia terlaksana dengan jayanya. Bukakanlah pintu2 rezeki pada ku agar segalanya kan lebih sempurna. Mulai saat ini juga aku dah tak mahu campur adukkan hal kerja dan emosi sbb ia hanya akan merosakkan semua usaha yang baik. Semoga kau berikan aku kekuatan untuk terus melangkah ke arah kejayaan di dunia dan akhirat. Amin Ya Robbal A'lamin...

No comments:

Post a Comment