Tuesday, April 17, 2012

Merlin Season 1 - 4



Dari kiri, Guinevere @ Gwen (Angel Coulby), Lady Morgana (Katie McGrath), Gaius (Richard Wilson), Merlin (Colin Morgan), Prince/King Arthur Pendragon (Bradley James), King Uther Pendragon (Anthony Head).


Ohoooo Merlin... Merlin... Merlin... memang dari dulu lagi aku suka sangat series ni. Serius best. Tapi sebelum ni susah nak tengok sebab selalu terlepas episod. Now, yippieee... aku dapat download cite ni dari season 1 hinggalah season 4... ahahhaa best... best...


Series Merlin ni mengisahkan seorang 'serving boy' yang bernama Merlin yang mempunyai 'Magic' & dia ditakdirkan untuk melindungi seorang putera raja bernama Arthur yang akhirnya dapat mewarisi takhta dan menjadi raja Camelot. Kingdom of Camelot mengharamkan penggunaan 'Magic' yang dipercayai hanya akan membawa kepada sihir jahat. Pengharamannya telah bermula daripada zaman pemerintahan bapa Arthur iaitu King Uther. 


Selain Prince Arthur, King Uther mempunyai seseorang lain di bawah jagaannya iaitu Lady Morgana. Orang kepercayaan Uther yang juga merangkap physician iaitu Gaius sering menjadi rujukan kepada Uther di dalam hal berkaitan 'Magic' ataupun medic. Guinevere ditugaskan untuk menjadi 'serving girl' kepada Lady Morgana. Gwen juga merupakan kekasih kepada Arthur. Walaubagaimanapun, mereka terpaksa menyembunyikannya kerana Uther menghalang keras kepada perhubungan tersebut.



Cerita bermula apabila Morgana mendapat tahu bahawa dia mempunyai 'Magic' & sentiasa merasakan yang Uther akan membunuhnya seperti ahli2 'magic' yang lain. Morgana akhirnya telah memilih 'black magic' semata-mata ingin membalas dendam kepada Uther yang dianggapnya kejam kerana memberi hukuman mati kepada sesiapa saja yang mempunyai 'magic' tak kira lelaki, perempuan @ kanak-kanak. Namun lama-kelamaan Morgana yang sangat baik hati telah bertukar menjadi seorang perempuan yang sangat kejam & tanpa disedarinya dia malah lebih berkali ganda kejam berbanding Uther.



Dendam Morgana menjadi lebih teruk apabila dia mengetahui bahawa dia juga adalah anak kepada Uther, hasil daripada perbuatan curang ibunya semasa ketiadaan ayahnya yang dihantar berperang dimana ayahnya mati di medan perang. Alasan itu digunakan Morgana untuk merampas takhta yang sepatutnya diwarisi Arthur. Disebabkan dendam Morgana & percubaannya berulang kali untuk menjatuhkan kerajaan Camelot... akhirnya Uther mati, selepas beberapa ketika mengalami sakit yang berpanjangan kerana terlalu kecewa dikhianati Morgana yang amat disayanginya. Selepas kematian Uther, Arthur telah mewarisi takhta Camelot dan menjadi King of Camelot. 



Menurut sumber, Series Merlin ini akan tamat pada season yang kelima. season 5 baru memulakan penggambaran pada March 2012, so release date masih belum diketahui. Tak sabar nak tunggu series baru tapi sedih jugak sebab Morgana dah mati masa season 5 ni... Maaflah banyak bubuh gambar Morgana, sebab aku minat kat dia... ehehhehe... Beautiful Lady Morgana @ Katie McGrath...  Sekian sahaja laporan saya... nak sambung tengok season 4 episod 9, 4 episod lagi nak habis... Adois...;)