Monday, November 9, 2020

"Sycamore Row" - John Grisham


Sycamore Row adalah siri kedua "Jake Brigance" yang diterbitkan pada tahun 2013. Ia ditulis dan diterbitkan selepas 24 tahun penerbitan siri pertama "A Time to Kill". Kisah di dalam Novel kali ini bukanlah daripada kes yang sama, namun ianya masih di tempat yang sama, malah beberapa karakter penting juga masih sama.

Kes kali ni berkenaan dengan pertikaian wasiat tulisan tangan Seth Hubbard yang ditulis di saat-saat akhir sebelum Seth membunuh diri. Di dalam wasiat Seth, dia menyerahkan 90% daripada kesemua jumlah harta peninggalannya kepada wanita berkulit hitam yang juga housekeeper Seth hubbard yang bekerja sejak lebih kurang 3 tahun, Lettie Lang. Seth telah dengan terang-terangan mengeluarkan anak lelakinya, Herschel, anak perempuannya Ramona dan ke-empat-empat cucunya daripada mewarisi sebarang harta peninggalannya.

Seth sebelum itu telah menulis satu wasiat rasmi, yang mana wasiat itu lebih lojik dipandangan masyarakat Ford County. Memberikan sebahagian hartanya kepada anak-anak dan cucu-cucunya. Namun dengan wasiat baru tulisan Seth Hubbard, wasiat rasmi sebelum ini akan dikira terbatal. Itupun jika Mahkamah memutuskan wasiat baru tulisan tangan Seth Hubbard itu tidak sah.

Seth membunuh diri pada hari sabtu. Selain wasiat hartanya, Seth juga menulis arahan bagaimana pengebumiannya dilaksanakan. Mayat Seth disempurnakan pada hari Isnin. 

Jake Brigance yang sebelum ini mempunyai reputasi yang tinggi ketika mewakili dan memenangi kes Carl Lee Hailey, kini dilantik Seth Hubbard untuk melaksankan wasiat barunya. Seth tidak pernah berjumpa Jake. Jake juga tidak pernah mengenali siapa Seth Hubbard. Ketika kisah Seth membunuh diri hangat di perkatakan di Clanton, pagi isnin Jake menerima 1 surat mengandungi arahan perlantikan guaman untuk mewakili Seth Hubbard.

Seperti yang diarahkan Seth, Jake memfailkan wasiat tersebut pada petang isnin di Mahkamah Clanton selepas menghadiri pengebumian Seth. Jake berjaya memfailkan wasiat tersebut di Mahkamah sebelum...... 


No comments:

Post a Comment