Saturday, November 27, 2010

Langit Yang Tak Kelihatan...


Dahulu pernah langit itu ku junjung, 
Namun is sering berpetir kilat, 
Dan tak indah seperti ia kelihatan, 

Kini aku bertemu dengan langit yang lain, 
Tapi ia sering takut pada ku,
Dan berlindung di balik awan, 

Sungguh awan itu indah, 
Namun aku tidak melihat dengan jelas keindahannya langit,

Tika ini, langit dan awan telah bersatu, 
Aku sudah tidak dapat membezakan kedua-duanya,
Yang ada kini hanya kepulan asap yang menyesakkan dada, 

Namun sekali-sekala, 
hembusan angin yang menyegarkan, 
Melapangkan dada untuk terus bernafas, 

Bersinarlah kau kembali wahai langit, 
Kerana sesuram manapun kau dihadapanku, 
Mata dan hati ini,
Takkan pernah lupa akan keindahanmu sampai bila pun.....

Sunday, November 14, 2010

I wanna save you



I wanna save you
but i don't know how to do

I wanna save you 
but i don't know what should i do

I wanna save you
but you really don't know what i know

I wanna save you
but you may know what i know

I wanna save you
but you may don't want to

I wanna save you
but you have to tell me what i have to

Tuesday, November 9, 2010

Di Satu Hujung Minggu Yang Mendamaikan....


Di satu hujung minggu yang mendamaikan seorang jurujual masuk ke sebuah rumah setelah diberi izin oleh tuan rumah.... 


Setelah masuk ke rumah tersebut... tanpa lengah-lengah jurujual tersebut telah menghamburkan sekelompok sampah di atas permaidani tuan rumah tersebut dan dengan komfidennya berkata "jangan risau, vacuum ini mampu buat segala-galanya dan jika vacuum ini tidak dapat membersihkan sampah-sampah ini, saya sendiri akan makan semua sampah ini". 


Tuan rumah tersebut dengan selamba berkata "mulalah makan sampah-sampah ini kerana rumah kami takde elektrik".... 


;p

Thursday, October 28, 2010

Cara Peguam



MOSTI sedang mencari angkasawan utk dihantar ke marikh. Walaubagaimanapun, mereka hanya boleh pergi sahaja, dan tidak akan pulang ke bumi.


Calon pertama, seorg engineer di tanya berapa banyak wang yg dia mahu."Sejuta" jawapnye "Saya nak sumbangkan utk anak-anak yatim."

Calon seterusnya adalah seorg doktor. Dia juga di tanya soalan yg serupa. Dia menjawap, dua juta ringgit. "Sejuta saya nak bagi kat family saya. Yg sejuta lagi saya nak derma utk buat research dan experiment."

Calon terakhir adalah seorg peguam. Bile ditanya berapa banyak yg dia mahukan, dia berbisik ke telinga panel temuduga, "3 juta ringgit."

"Kenapa lagi banyak dari yg lagi dua calon?" penemuduga bertanya.

Peguam itu menjawap, "Kamu bagi saya 3 juta. Saya bagi kamu sejuta, Sejuta saya amik. Kemudian yg sejuta lagi tu, kita guna utk hantar engineer tu ke marikh".

;P Idop Lawyer!!! ehehhehee.....

Friday, September 10, 2010

Korean Drama : Personal Preference/Personal Taste


Ni cite korea terbaru yang aku tengok... rindu betul nak tengok cite korea. Sejak chambering nih aku dah xtgk cite korea dah. Tp cite kat atas ni pun aku baru ada masa nak tengok... baru episod satu. aku suka cite genre2 cite comedy romantik camnih... best... ala2 cite Full House, My Girl n cite Fevret aku yang aku tengok berpuluh2 kali sume namblas episod iaitu cite WITCH YOO HEE.... Skang ni aku dok layan cite kat atas nih.

Episod 1 : 
Sangat2 klaka ngan karakter Lee Min Ho yang sangat macho... wahwahwah... ensem... tp Song Hee Jin macam xcomel la pegang watak comel2 nih... macam xjadik... dia bukan comel tapi comot... xmacam  Song Hye Kyo (Full House) n Lee Da Hae (My Girl) yang sangat comel bila lakonkan karakter comel. Watak Comel memang sangat sesuai dengan diorg. Maybe sebelum nih aku tengok Song Hee Jin berlakon cite sedih2 kot sebab tu dah terinstall watak sedih je kat dia sampai watak comel dah xbole nak match kan... huhuhu... aku nak sambung layan lagi cite nih....

Saturday, August 28, 2010

"Majlis Berbuka Puasa Anjuran Peguam Muslim"

Wif Nisa....
Macam kanak-kanak riang ehehhehe....


Wif Lily the Lawyer....
Senyum terpaksa sebab kene paksa keje di hari sabtu.... 
huahuahua....


Hari ni seperti biasa aku ingat nak rilekskan otak dengan berjalan-jalan walaupun gaji tak masuk lagi. Tetiba dapat mesej yang aku ngan 2 orang lagi kene pegi satu Majlis berbuka puasa di Hotel Promenade, Kota Kinabalu anjuran Peguam Muslim Negeri Sabah. Dalam keadaan malas aku dan budak 2 orang tu pegi la jugak. Punya lah komited sharp pukul 5 dah tercegat kat lobi hotel. Tapi besala janji melayu kata program start pukul 5 tapi satu batang idung pun tak nampak yang ada hanya pekerja-pekerja hotel yang sibuk menyiapkan tempat untuk berbuka.

Dalam pukul 6 petang adala menyusul barang 2-3 ketul orang. tu pun sume aku tak kenal. bila kitorang bertiga dah ada, kitorang terus masuk kat dewan makan. As expected, kitorang bertiga jadi penghuni pertama dewan tersebut. Agak menyedihkan bila program yang ber'title'kan muslim tapi takde pengisian langsung. Datang hanya untuk makan, takde kata-kata aluan ke, doa ke dan etc yang ada bila time bukak pose orang baca doa makan. Tang solat, punyalah sadis bila sume orang taktau nak ambik wudu' kat mana.... tapi kene gak cari ikhtiar....

Selepas habis solat maghrib kitorang masuk balik ke dewan makan, ingatkan ada pengisian pape... tapi hampeh.. memang takde... lepas selesai makan, ramai yang berpusu-pusu untuk pulang. kitorang pon apa lagi, cow la skali... nak stay pon macam rasa tak perlu je. So program hari ni hanya berlalu begitu sahaja dan datang hanya semata-mata untuk makan. Tiada manfaat, tiada kelebihan dan etc..... So? apa la tu? hmmmm.....

Sunday, August 22, 2010

HIKAYAT MAYAPADA 5 BERSAHABAT


  
Sahabat
Pergi berjalan menyelusuri benua....
Ke mana jua membawa nama...
Sentiasa di pandang indah dari manapun sudutnya....
Hati yang melihat juga kan segera terpikat....
Malah akan tetap sentiasa ingin teringat.....
Si dia bak LILIN yang sentiasa menyinari...

Sahabat.....
Kehadiran yang  tidak di duga....
Semakin hari semakin menghampiri....
Mulanya juga hanya sekadarnya...
Kian lama kian bersama....
Namun...
MENJOLOK MADU LEBAH impiannya yg xtertunai...
Masih mengharapkan si jejaka berkorban ke hutan...

Sahabat....
Satu-satunya SUSUK kumbang sesat melingkari bunga....
Datang bertandang berwajah poyo...
Bertukar mesra dek teguran si LILIN....
Namun....
Berkuntum-kuntum bermekar di taman...
Namun mata dan hatinya hanya memandang....
Pada bunga LILIN yang bercahaya....
Tak kira malam mahupun siang.....
Sesekali menjolok lebah yang dihajatkan...
Biarkan pn seperti tak kesampaian...

Sahabat....
Berkenalan mungkin tak lama....
Menceriakan suasana dengan telatah riangnya.......
Sentiasa bersama tapi AfterFive m'jadi syaratnya....
Namun....
Dia dirindui bila tiada....
Kerana sering menghangatkan suasana....

Sahabat....
Di sini lahirnya kecintaan....
Di sini bermulanya persahabatan....
Biar sesetengahnya masih bermayapada....
Hanya segelitirnya beralam nyata...
Namun.....
Hati dan perasaan malah jiwa juga bertaut...
Saling bergembira xkira apa...
Kata-kata biasa juga bisa tertawa...
Malah hati rindu bila xbersama....

Sahabat....
kekuatan ini bermula dengan nadi yang sama....
Keceriaan ini bertapak di naluri yang sama....
Kesayuan juga kan turut sama dirasai....
Bila si dia tidak mengunjungi.....
Si dia yang di sayangi juga memulakan Persahabatan Mayapada......
Dialah..............................
"Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman..."

Amazing!!! Sharifah Khasif's team Lurve You Soooooooooooo Much!!!!!!!!!!!!!





Saturday, August 14, 2010

For --> AMAZING!!! SHARIFAH KHASIF....

"Aku Yang Terpinggir"


Aku yang terpinggir....
Melangkah lesu.....
Meniti hari-hari yang berlalu....
memandang kosong...
Satu persatu.....
SUSUK tubuh yang meninggalkan aku....
Terus terbiar di kaki lima....


Aku yang terpinggir.....
Pernah ada kehidupan seperti kamu...
Malah sentiasa bermimpi....
Untuk berada di atasmu...
Tapi...Aku tersadai di sini....


Aku yang terpinggir....
Terlalu taksub dengan kehidupan...
Leka dan lalai akan apa yang diwajibkan...
Tak endahkan Amr Ma'ruf Nahi Munkar...
Malah sentiasa bersikap mungkar....


Aku yang terpinggir....
Tiba-tiba berselisih dengan cahaya...
Ia jauh dan sekecil LILIN sinarannya...
Namun semakin hari ia mula menerangi...


Aku yang terpinggir....
Dahulu deriaku hanya ada kepahitan....
Namun cahaya itu mengembalikan rasa ku...
Hingga segalanya manis bak MADU....



Thursday, August 12, 2010

"Specially for Sharifah Khasif Syed Mohd...."


Semakin tinggi Kau di puncak
Semakin sukar manusia melihatmu
Teruskan langkahmu jangan terhenti
Sesekali toleh ke belakang untuk pengajaran
Pandang terus ke hadapan perbaiki yang terlepas

Hati kita siapapun takkan menduga
Malah diri sendiri gagal membaca
Ke mana langkah kaki kan bertapak
Ke mana hala tuju untuk diteruskan

Jangan kau akur pada lemparan nista
Kerana itu yang mereka tunggukan
Jadi diri mu kenali ingin mu
Kerana pilihan itu tetap milik mu


"Specially for Hajah Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman"



"siti_suherah@yahoo.com"









Sunday, August 8, 2010

Accident......

Selepas pulang dari program Akademi Al-Quran kat PICC, Putrajaya jumaat malam lalu (6hb Ogos 2010). Aku dan kawan-kawan lepak jap ngan kak Ti ngan kak Ila n family kat kedai mamak. Memandangkan sepanjang aku dok KL ni aku merempat kat UIA, so aku pon kene la ikut curfew hour which is kene balik sebelum kul 12. Lepas jumpa kak Ti dan Kak Ila pun dah menjangkau kul 2 pagi. So kitorang decide nak jalan-jalan kat uptown. Yang jadi masalahnya kitorang tak tau pun uptown tersebut kat mana kecuali yang kat Gombak. Nak gi Gombak jauh sangat la pulak. Ni pun first time merayap sampai pagi.

Lepas separate jalan ngan kete kak Ti, kitorang pun main bantai je jalan mana pun ikut sesuka hati. tak kira lagi sesat sana sini. teringat pulak kitorang belum solat lagi. So, kitorang decide nak gi masjid putrajaya coz itu yang paling dekat. bila dah sampai putrajaya, semua tempat tutup. Sesat lagi kat situ dalam nak dekat sejam. last-last kitorang cadang nak gi KL solat kat masjid india. memandangkan kitorang sesat lagi kitorang pun berenti kat tempat rehat kat highway.

Dah habis solat, ingatkan nak tido tapi memandangkan kat situ ramai lelaki je aku cadang kat diorang baik kita balik UIA je coz by the time pun akan sampai UIA dalam kul 5 lebih camtu. Masa kitorang gerak tu, aku drive dengan tingkap terbukak sebab macam rasa xselesa, tetibe bila lalu satu jalan aku terhidu bau hospital yang sangat menyengat kat hidung aku. Aku cepat-cepat suruh adik aku tutup tingkap. Tapi bau tu masih ada lagi dan lama-lama dia hilang.

Dalam perjalanan balik UIA tu, ada sekali aku terlelap tapi adik aku perasan sebab kete dah bergerak ke kanan jalan sangat. Kali kedua aku lelap aku sedar sendiri. Kali ketiga, aku memang tak sedar bila masa aku terlelap. Sedar-sedar je aku dah ada kat atas batu yang tinggi. kete dah tegak dalam 45darjah camtu. Aku betul-betul panik dan dah tak boleh nak kontrol sebab seluruh badan menggeletar dan tangan kanan aku rasa sakit. Tapi aku sempat pusingkan stereng ke kiri dan yang peliknya kereta tu turun elok je dari batu tu walaupun pada akhirnya ada satu hentakan kuat.Bila dah semua orang panik, diorang cadang berenti je kat situ dulu memandangkan masa tu pun takde kete.

Masa berenti tu aku sempat tengok keadaan sekeliling, dan jalan tu memang takde dalam laluan aku. Jalan tu kat mana pun aku tak tau, tapi bila kitorang dah stat jalan balik dalam 15 minit macam tu kitorang sekali lagi lalu jalan yang aku lalu masa sebelum aku terlelap tadi.

Bila aku fikir balik, Aku betul-betul sure yang aku memang takkan bole sampai ke laluan di mana aku accident tu. Lagi satu, dalam keadaan kete yang menegak dalam 45 darjah tu dan mereng ke kiri sepatutnya memang kete kitorang dah patutnya terbalik dan tergolek tapi kete tu stay je kat atas tu dan bila aku pusing stereng tu sikit je kete terus turun dan jatuh. Kat batu tu ada besi yang sepatutnya akan rosakkan kete dengan teruk dan batu tu sah-sah akan remukkan kete sebab bunyi pun macam kete tu remuk teruk kat depan dan tepi kanan aku. tapi bila cek balik, kete hanya calar tak teruk walaupun dalam jugak calar tu.

Bila dah sampai UIA tu, aku tak boleh nak tido walaupun aku betul-betul dah sangat mengantuk. Tapi bila aku tutup mata je, fikiran aku kacau dan masih terbayang lagi masa accident tu yang bila aku bukak mata aku dah kat atas devider. So aku memang tak boleh tido. Dalam kul 8.30 pagi sabtu (7hb Ogos 2010) tu aku tepaksa jugak ajak adik aku keluar dan tenangkan fikiran coz dia pun agak-agak fobia jugak dengan kejadian pagi tadi. Kali ni kitorang merayau guna bas dan tak guna kete sebab kete masuk w/shop.

Tuesday, July 13, 2010


Me wif my Mum


sekali sekala jadi tamak... makan 1 slice terus, tanak potong-potong... wakakkaka



My Mum....



My adik perempuan....



My adik laki....





Wednesday, July 7, 2010

"Bila............"



Bila....
Naluri Tak Dapat Lagi Mendalami......
Maka Tiada Lagi Maknanya Pengertian.....

Bila....
Nurani Tak Mampu Lagi Menafsir.........
Maka Tiada Lagi Maknanya Kata-Kata.........

Bila....
Jiwa Tak Mampu Lagi Menghayati......
Maka Tiada Lagi Maknanya Perasaan........

Bila...
Hati Tak Mampu Lagi Menyinta.........
Maka Tiada Lagi Maknanya Sayang.......



Saturday, July 3, 2010

"Majlis Tilawah Al-Quran ke-53"


Hari ini berlangsung Closing Majlis Tilawah Al-Quran kali ke-53 yang diadakan di Sabah. Hati ni sayu je bila dah dengar perkataan closing tu. Rasa macam kehilangan sangat la pulak bila dah hari-hari tunggu. 

Yang buat lagi terasa sangat bila antara isi kandungan speech tadi "...tanpa penyertaan Johan menunggu Qariah..." iaitu hajjah Sharifah Khasif. Qariah paling famous kat Malaysia ni.... Harap-harap tahun depan dan seterusnya Hajjah akan sentiasa memeriahkan Majlis-Majlis macam ni.... will wait and support you Hajjah Sharifah Khasif!!!! 

Apapun tahniah diucapkan pada yang berjaya, dan pada yang tidak tu tahniah jugak sebab dah sampai peringkat kebangsaan. Tahun depan ada lagi untuk mencuba. Kita memang mengharapkan Qari dan Qariah Malaysia ditempatkan sebaris dengan Qari dan Qariah antarabangsa seperti Hajjah Sharifah Khasif. Semoga dengan kehadiran mereka akan menjadi pelapis pada Qari dan Qariah kita yang terdahulu. InsyaAllah.... Aminnn....

Semoga Allah memberi kurnia terbesar kepada kalian.....

Memang tak sedar diri..........

Manusia ni bila bagi kuasa sikit mula la nak tunjuk lagak. Orang bagi kepercayaan kat dia, dia plak nak tunjuk kat orang yang dia hebat dan takde sape bole lawan cakap dia. Dia lupa yang dia diberi tanggungjawab untuk serve the community. Tapi malangnya, dia nak community yang serve dia. Manusia macam ni memang sah-sah kena campak dalam lombong je tak pun sepak kat perigi buta.

Bukan nak perkecilkan orang-orang yang terlibat dengan Majlis Agama ni, tapi ntah napa diorang suka sangat buat hal yang tak sepatutnya. Hari ni niat hati nak gi tengok MTQ tapi disebabkan oleh sekor minah yang amat-amat menyakitkan hati, aku balik rumah lagi bagus.

Minah ni buat orang ramai macam pengemis bila dia mengherdik dan mencaci orang ramai sesuka hati. Ada cara yang lebih elok untuk menegur, bukan dengan cara manusia yang langsung tak pernah kenal apa itu TAMADUN!!! 

Bersopan la sikit, ada di kalangan orang ramai tu golongan warga tua. Jangan la jerit-jerit dan cakap yang bukan-bukan. Dah pun namanya Majlis Besar, mestilah orang akan datang berpusu-pusu, tak pun berduyun-duyun. Cubalah hargai kesudian orang ramai yang sanggup datang ke Majlis Ilmu seperti itu. Macam mana agama lain nak menghormati agama Islam jika orang Islam sendiri berkelakuan lebih hina daripada agama lain.... 

Renungkanlah...............

Sunday, June 27, 2010

Nak Solat Pon Kene Bayar??????...

Semalam saya dan kawan-kawan keluar untuk bersiar-siar. Bila tiba waktu solat, kami pergi ke suatu surau di sebuah pusat membeli belah. Cari punya cari rupanya surau tersebut terletak di luar kawasan pusat membeli belah tersebut yang juga dalam erti kata lain di kawasan tempat letak kereta. 

Apa yang paling mengejutkan ialah apabila saya terlihat satu notis yang di tampal di luar surau tersebut yang mengatakan sesiapa yang ingin mengerjakan solat haruslah membayar terlebih dahulu di kaunter masuk ke surau tersebut. 

Apa yang saya ingin katakan di sini adalah bukan soal berapa jumlah yang hendak di bayar tapi apa yang saya kesalkan adalah bila tempat beribadat di jadikan sebagai punca perniagaan untuk mengaut keuntungan. Apalah nak jadi dunia ni, semakin hari semakin banyak benda pelik yang jadi. 


Wallahu A'lam....



Monday, June 21, 2010

Di suatu petang yang ntahpapentah...

Kejadian berlaku di satu opis....

Si Fulan A : aku pelikla...

Si Fulan B : apasal?

Si Fulan A : ko online, aku pun online....

Si Fulan B : so?

Si Fulan A : tapi nape nama ko tak kuar
kat list kengkawan aku yang online?

Si Fulan B : owh aku rasa line macam tak elok la
kekadang list hilang-hilang...

Si Fulan A : ye ke? aku pun rasa macam tu la....

Si Fulan B : ye... ye... (Fuhh!!! selamat aku sikit je
nak kantoi yang aku dah remove dia) kwah3!!!

Tuesday, June 15, 2010

"Amazing!!! Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman"
















Nama Hajjah Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman bukan lagi satu nama yang asing pada ketika ini. Kejayaan dan pencapaian beliau yang sangat membanggakan membuat saya kagum dan menghormati insan ini. Rentetan daripada itu, baru-baru ini beliau diberi kepercayaan untuk mengacakan sebuah rancangan realiti TV iaitu Akademi Al-Quran Musim ke-4 yang disiarkan di TV9.


Namun apa yang membuat saya terpanggil untuk mewujudkan ruangan ini adalah berkenaan dengan suara-suara sumbang yang seringkali kedengaran akhir-akhir ini.

Tidak dinafikan penampilan beliau amat berbeza dengan imej yang ditampilkan oleh Qariah-Qariah sebelum ini di mana bila sahaja perkataan Qariah itu disebut secara automatik gambaran yang bermain di kepala ialah wanita yang bertudung labuh.

Apabila Hajjah tampil dengan imej yang bersahaja dan sempoi ada pula yang tidak berpuas hati dan tidak sudah-sudah mengutuk dan memberi komen-komen yang sangat menyakitkan telinga dan mata yang melihat. Tidak salah untuk memberikan pandangan dan teguran memandangkan ianya amat perlu bagi memperbaiki dan mengubah apa yang patut, akan tetapi biarlah pandangan yang diberikan itu terarah kepada sesuatu yang membina dan bukannya merosakkan.

Mungkin ada di antara mereka yang tidak tahu Qariah kita ini hanya berusia 28 tahun dan seharusnya beliau juga berhak untuk hidup seperti mereka-mereka di luar sana yang seusia dengannya. Apa yang saya maksudkan di sini bukanlah kehidupan yang sosial dan pergaulan yang bebas tapi cukuplah agar Hajjah diberi peluang dan kebebasan untuk memilih cara hidup dan imejnya sendiri. Yang penting Hajjah masih lagi berada di landasan yang betul dan masih tidak bertentangan dengan apa yang disyariatkan.

Allah memberikan kelebihan yang berbeza-beza bagi setiap seorang daripada kita, jadi biarlah kita menghargai anugerah yang amat bernilai yang diberikan kepada beliau yang tidak kita miliki. Lebih-lebih lagi beliau berjuang dalam memartabatkan Al-Quran di mata masyarakat yang kian lalai dan leka dengan hiburan yang boleh merosakkan akhlak dan akidah.

Cubalah untuk menghormati prinsip beliau, janganlah hanya tahu menghukum dan mencerca tanpa menilai dan meneliti mesej yang cuba disampaikan.

Saya pasti Hajjah sendiri sentiasa cuba untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri. Tiada manusia yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan setiap kali itu juga mereka harus diberi peluang untuk mengubah apa yang patut.

Wallahua'lam.....

Monday, June 14, 2010

Or.....

Do or not to do,
The option is yours and all yours,
Try or not to try,
You are the one who will be affected by the result,

See or not to see,
It is you who can pretend,
Hear or not to hear,
Only you can answer that,

Thus,
What I wanna tell you,
Do something good,
Try something beneficial,
See behind the things,
Hear the bad hearsay about you,

So that you can evaluate the hearsay,
So that you can understand yourself,
So that you can change any bad things,
So that you can be a better one.



Sunday, June 13, 2010

Langkah...

ku biarkan kaki ini melangkah...
dari setapak ke setapak....
sedangkan jiwa ini masih belum menerima...
sedangkan naluri ini masih tidak memilih....

dalam ia masih melangkah...
hati ini masih tertanya apakah ini agaknya...
kisah penyudahnya pesona kehidupan yang di cari...

hingga kini ia masih melangkah...
melangkah dan terus melangkah...
tanpa sedar ia hampir ke garisan akhir...
namun apa yang terjadi selepas ini...
hanya yang Esa ada jawapannya...
hanya Ilahi penentu kesudahannya....

Keluhan....

Keluhan hati meratap lesu....
pada sesuatu yang bukan menjadi milik hakiki,
di suatu sudut juga terbayang wajah-wajah...
yang memandang dengan penuh iri dan nista...
seketika cuba memaksa diri untuk berlari jauh,
agar ianya samar dari pandangan, biarpun begitu,
telinga masih tetap tak sunyi mengalunkan melodi kekecewaan,
biar ku ke kiri ia tetap menghantui,
biar aku ke kanan ia tetap menyelubungi,
ke mana arahnya langkah kaki hendak ku jejakkan,
ke mana jauhnya hasrat hati ingin ku bawa,
namun tak akan ada penyudahnya,
sehingga aku kembali pada yang Esa,
sehingga aku berdepan dengan situasi yang ku cuba menjauhi....

Lancang kuning.....

Seburuk mana pun seseorang itu........
dia tetap seseorang yang istimewa bagi seseorang yang menyayanginya...........
dan walaupun tiada siapa pun yang menganggapnya istimewa........
dia masih lagi seseorang yang istimewa di sisi TUHAN..............