Monday, January 23, 2012

"Adalah lebih baik dibenci kerana menjadi diri kita sebenar dari di sayangi akibat dari pura pura"

Kata2 ni aku dapat dari 'status fb' Prof. Dr. Muhaya. Prof Muhaya skang ni memang tengah top. Mungkin sebab kebijaksanaan dan ilmu yang dibawakan tu menarik hati ramai orang. Aku selalu baca dan dengar kata2 yang disampaikan. Memang bermakna sangat & lebih praktikal. Maksud aku apa yang di ketengahkan tu selalu kena mengena dengan hal kehidupan ramai orang.



Berbalik pada tajuk di atas tu. "Adalah lebih baik dibenci kerana menjadi diri kita sebenar dari di sayangi akibat dari pura pura". Hati aku betul2 tersentak. Aku tak pernah terfikir tentang kata2 ni. Memang power betul. 



Prinsip aku semua orang ada perangai dan prinsip masing2. Sebab tu aku selalu jadi diri aku sendiri & malas nak jadi hipokrit. Tapi kadang2 tu aku rasa macam ramai orang kat dunia ni lebih suka orang yang berpura2. Aku selalu takut orang tak suka aku kalau aku jadi diri sendiri sebab aku tengok ramai orang lebih terpesona dengan orang yang nyata berpura-pura. 


Bila baca kata2 Prof.Muhaya ni aku rasa lebih selesa dan aku rasa memang betul sangat2 kata2 ni. Aku patut teruskan jadi diri sendiri walaupun ada orang benci aku. Aku tak perlu sedih orang tak suka aku sebab aku tak berpura2. Aku tak perlu gusar sebab Allah tetap ada, yang penting niat aku kene betul. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Lindungilah hamba Mu ini ya Allah... Amin...

No comments:

Post a Comment