Friday, September 16, 2011

"Andainya... Akan ku..."



Jika ditanya apakah perasaan aku sekarang, tak ada sepatah kata pun dapat merungkaikannya. Biarpun ada yang melemparkan kata-kata nista kepada aku, namun aku sendiri sehingga kini tak mampu menjelaskan hati dan perasaan aku sendiri. 


Hanya zikrullah dan ayat-ayat suci al-Quran menjadi teman dikala kekecewaan menjengah lagi dan mengetuk pintu hati berulangkali. Aku tak mampu untuk meluahkan apa pun secara tersirat kerana Allah sahaja yang Maha Mengetahui apa yang aku alami.

Tak perlu untuk menjelaskan pada sesiapa, tak perlu untuk aku meluahkan kepada sesiapa. Cukup sekadar tulisan ini yang menjadi landasan mengubati luka perasaan dan kekecewaan. Aku takut jika aku meluahkan dengan kata-kata,aku mungkin tersilap menggunakan baris ayat yang ternyata tak menyampaikan maksud yang tersimpan di hati ku.

Sering muncul perkataan "andainya..." "andainya..." "andainya..." "akan ku..." "akan ku..." "akan ku..." namun semua sudah berakhir. Tiada lagi ruang dan kesempatan untuk membetulkan keadaan. Mungkin allah masih menyimpan apakah hikmah disebalik putusnya nilai sebuah pertalian. 

Aku redha andai ini yang disediakanNya untuk ku. Biar aku sentiasa tersenyum biar hati ku terluka dan fikiran ku hanya di sana. Aku hanya mampu membuat itu kerana Allah hanya izinkan aku begitu...

Ya Allah, kau ampunilah dosa-dosaku... kau permudahkanlah hidupku... kau tunjukkanlah jalan keredhaan Mu... kau hiasilah hari-hari ku dengan Rahmat Mu... izinkan aku menjadi hamba Mu yang Kau kasihi Ya Allah... 


Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui akan segala sesuatu...