Friday, April 20, 2018

The Confession : John Grisham


The Confession mengisahkan kepincangan sistem perundangan, kejijikkan taktik kotor pegawai penyiasat, Drew Kerber, pegawai pendakwaraya, Paul Koffee, hakim Vivian Grale dan para hakim yang lain. Mempamerkan sistem politik yang mementingkan diri sendiri tanpa sedikit belas atau keraguan jika menghukum orang yang salah demi menjaga kedudukan masing-masing. 

Donte Drumm, remaja berkulit hitam, ditangkap sedari dia berumur 19 tahun. Berada di dalam penjara selama 9 tahun. Pelbagai kisah kesenggsaraan dan ketidakadialan yang terpaksa ditanggung walaupun bagi jenayah yang tidak dilakukannya. Dipaksa membuat pengakuan. Tanpa tahu akan akibatnya, Donte terjatuh di dalam perangkap dan titik itu menjadi permulaan hitam dalam hidupnya.

Travis Boyette, penjenayah yang menjadikan penjara sebagai rumah utama dan menghabiskan hampir sebahagian besar hidupnya di penjara. Namun, ada jenayah yang lebih besar yang sepatutnya ditanggung olehnya. Disebabkan undang-undang yang buta, kejahilan pada kebenaran dan ketaksuban pada perkauman di antara orang berkulit hitam dan putih, segala usaha peguam Donte Drumm, Robbie Flak, menjadi sia-sia. Pengakuan secara terang-terangan oleh pembunuh sebenar diabaikan tanpa sebarang keraguan. Hukuman mati diteruskan. 9 orang Hakim mengesahkan hukuman tersebut tanpa ada 1 pun memihak kepada Donte Drumm. 

Kisah pembunuhan kejam Nicole Yarber yang akhirnya menjadi lebih menyayat hati apabila penyiksaan Donte Drumm selama 9 tahun dipenjara berakhir dengan hukuman mati. Apa yang diperlukan hanya penangguhan 24jam bagi menjejak tempat penyembunyian mayat / rangka Nicole Yarber untuk membuktikan Donte tidak bersalah. Tapi takdir Donte berakhir tanpa peluang yang wajar, tanpa bukti yang kukuh. Reeva, ibu kepada Nicole yang juga berjuang dan menunggu kematian Donte untuk memuaskan hatinya yang berdendam atas kematian kejam anaknya.

Pekikkan Donte sebelum dihukum mati "I am an innocent man!!!" mampu menitiskan air mata. Kisah kegigihan semangat peguam Robbie Flak hingga ke saat akhir sebelum Donte dihukum mati, begitu menaikkan semangat. Walaupun selepas ketiadaan Donte, Robbie meneruskan lagi usaha itu kerana telah berjanji untuk membersihkan nama Donte Drumm dan memberitahu dunia bahawa dia INNOCENT!

Kini kebenaran kian jelas. Satu persatu nama orang atasan dipetik dan dijadikan tajuk utama setiap akhbar. Reeva, juga turut sama menanggung rasa bersalah apabila sampai ke pengetahuannya bahawa pembunuh sebenar bukanlah Donte. Namun semua sudah terlambat.


No comments:

Post a Comment