Wednesday, October 28, 2020

Jake Brigance Series - John Grisham


John Grisham setakat ini telah menulis sebanyak 37 Novel berserta 7 Novel pendek di bawah siri Theodore Boone. Sebelum ini aku memiliki hanya 10 daripada keseluruhan koleksi novel penulisan John Grisham yang kini telah bertambah menjadi 27 buah. Diakui aku belum sempat membaca kesemua novel tersebut, hanya beberapa. Akan dibaca sedikit demi sedikit jika ada masa yang terluang. 

Sebenarnya aku telah memiliki 2 buah buku penulisan John Grisham bertajuk "A Street Lawyer" & "A King of Torts" ketika aku masih belajar di IIUM lagi. Namun setelah sekian lama, aku lupa jalan ceritanya dan novel "A King of Torts" juga telah hilang entah ke mana.

Aku meminati novel-novel tulisan John Grisham kerana ianya bersangkutan dengan kisah perundangan, jenayah. Memandangkan beliau juga nerupakan 'lawyer', ia lebih selesa dan lebih mudah untuk menggambarkan keadaan sebenar kisah seorang 'lawyer', penjenayah, hakim, staff mahkamah, polis dan sebagainya. Aku dapat menbayangkan lebih jelas jalan ceritanya kerana semua situasi itu juga amat familiar dalam kerjaya ke-'lawyer'an aku. 

Kali ini penulisan aku berkisar 3 Novel beliau di bawah siri Jake Brigance yang merupakan seorang 'lawyer' yang mula terkenal dengan kes pembunuhan berprofil tinggi di dalam novel siri pertama "A Time to Kill". Aku akan ulas satu persatu daripada ketiga-tiga siri novel tersebut selepas selesai membaca kesemuanya di posting yang seterusnya. Siri novel Jake Brigance tersebut selain "A Time to Kill" adalah "Sycamore Row" dan Novel keluaran terbaru pada 13 Oktober 2020, "A Time for Mercy".

Di Facebook, aku mengikuti satu group bernama "John Grisham Club" Sangat informative dan aktif. Berkongsi pengalaman dan koleksi novel John Grisham yang telah terkumpul. Di sana aku diberitahu yang beliau menerbitkan satu novel baru pada 13 October 2020. Aku berpeluang membuat pre-order edisi pertama buku tersebut dari US dan telah sampai pada aku pada 19 Oktober 2020. Dalam excited untuk mula membaca novel keluaran baru tersebut, aku telah diberitahu bahawa ia adalah buku bersiri. Maka menjadi kewajipan pada aku untuk membaca buku tersebut dari siri pertama, "A Time to Kill", kedua, "Sycamore Row" dan seterusnya, "A Time for Mercy".

Ketiga-tiga siri Jake Brigance ini bukanlah cerita yang berkaitan namun mungkin karakter 'lawyer' yang sama dan menjadikan ia siri yang perlu dibaca berturutan.

Memandangkan "A Time to Kill" telah diterbitkan pada tahun 1989, maka amat sukar mencari buku fizikal. Jika pun ada, buku tersebut mungkin telah buruk @ koyak dan tiada mood untuk dibaca. Alternatifnya, aku membacanya melalui e-book. Aku memiliki novel "Sycamore Row" di dalam koleksi & baru menambah "A Time for Mercy" juga ke dalam koleksi.

No comments:

Post a Comment