Friday, October 4, 2019

IKIGAI - The Japanese Secret to a Long and Happy Life







Mahal harga buku ni... 😜

Buku ini dipinjamkan oleh seseorang kepada aku. Selama 6 tahun aku kenal dia, tak pernah sekalipun dia bagi aku apa-apa buku macam ni untuk dibaca. Walhal dia tahu aku paling susah untuk fokus baca buku. Dalam bermacam tanda tanya di dalam kepala aku sebab out of sudden dia suruh aku baca, aku ambil jugalah buku ni and try baca. Dia bagi pinjam buku ni since 12 September, nak dekat sebulan baru habis baca wakakakaka. Tidak mempunyai banyak muka surat, hanya 174 pages sahaja. Style bacaan aku memang lambat sebab aku baca word by word 😂

By the way, dari cover buku ini "Ikigai - The Japanese Secret of Happy Life". Tidak perlu aku kupas satu persatu isinya. Dapat aku faham maksud tersirat orang itu cuba sampaikan. Dipendekkan cerita, buku ni basically menekankan yang everyone should have their purpose of life. The reason you wake up everyday. Achieving, accomplishing etc... etc... Which is absolutely correct!

Mungkin sebab dari mata kasar, aku ni macam takde purpose of life wakakakakkaka.... yeap kadang-kadang macam jugaklah 😏 Well, while reading this book I strongly think that not everyone will have same journey. Ada yang lambat, ada yang smooth. Lambat tidak bermaksud not successful, it's "not yet" successful. 

Semua manusia mempunyai impian dalm hidup. Dalam mengejar impian, jangan lupakan apa yang ada di depan mata. Keluarga, rakan terdekat, rakan sekeliling, rakan sekerja blablabla.... Hidup ni lebih pada sifat bertolak ansur, saling memahami, willing to evaluate and to take initiative to understand before judging. Do not always come to conclusion. Life is not all about guidelines as written in books. Do not let your life be directed by books like robots. We are human and we should try to look, feel, understand and take a step back, relax before come to conclusion.

Friendship, relationship is something that you have to feel. To get that feel, you have to willing to know others opinion too. Jangan syok sendiri by thinking that you are always right. Friendship and relationship will never work like that. It's about give and take. Give opportunity to yourself to listen to others. Kadang-kadang ada banyak benda yang kita nak cakap, nak luah.... TAPI!!! belajar untuk mendengar dan memahami. 

Aku faham semua orang eager untuk mengejar cita-cita tapi bagi aku, aku ada keluarga dan kawan-kawan untuk aku luangkan masa. Mereka yang sentiasa menyokong dan mendorong aku. Mendengar dan sama-sama ketika susah. Biarpun aku tidak serius macam orang lain dalam mengejar tujuan hidup, tapi aku bahagia dengan hidup aku. Tidak semua, tapi aku bahagia sebab dalam sedih, gembira, kecewa, aku tidak sekalipun berseorangan. Mereka sentiasa di sisi.

Sering aku fikirkan jika aku terlalu serius mengejar impian, surely aku tiada masa untuk diluangkan untuk orang-orang yang aku sayang dan yang menyayangi aku. Jika satu hari aku sudah berada di puncak tapi tiada siapa di sisi untuk sama-sama meraikan, apalah makna kejayaan itu. Kejayaan adalah perkara yang patut dikongsi, bukan menjadi bongkak semata-mata.

Biarlah aku dengan pace aku, aku sentiasa percaya Allah sudah tentukan apa yang terbaik untuk setiap orang, rezeki masing-masing. Bukan bermaksud aku tidak buat apa-apa, tapi biarlah aku atur sendiri cara hidup aku mengikut kesesuaian  hidup aku. yang penting aku happy.

Serius sangat pun, tidak mempercepatkan apa-apa. 

Happy itu sesuatu yang subjektif. Mungkin perkara A adalah benda yang buat aku happy, tapi bagi orang lain benda tu tidak bermakna apa-apa. Begitu juga jika orang lain rasa perkara B adalah perkara yang sangat berguna, tapi mungkin aku rasa benda tu tak bahagiakan aku. Bahagia itu terpulang pada diri kita sendiri. Jika sesuatu perkara itu adalah perkara yang membahagiakan kita, maka perkara itulah yang berguna dan bahagia untuk kita. 

"Level dan makna bahagia bagi tiap-tiap orang adalah berbeza dan tidak sama."

Well dear someone, thanks bagi pinjam buku ni. Banyak info yang saya dapat. Jangan risau, saya ada purpose in life just that not too obvious to show to others hehe... 



Ok ni saja nak bagitau buku dipinjamkan pakej dengan penanda buku sekali haha... 

No comments:

Post a Comment