Monday, November 9, 2020

"Sycamore Row" - John Grisham


Sycamore Row adalah siri kedua "Jake Brigance" yang diterbitkan pada tahun 2013. Ia ditulis dan diterbitkan selepas 24 tahun penerbitan siri pertama "A Time to Kill". Kisah di dalam Novel kali ini bukanlah daripada kes yang sama, namun ianya masih di tempat yang sama, malah beberapa karakter penting juga masih sama.

Kes kali ni berkenaan dengan pertikaian wasiat tulisan tangan Seth Hubbard yang ditulis di saat-saat akhir sebelum Seth membunuh diri. Di dalam wasiat Seth, dia menyerahkan 90% daripada kesemua jumlah harta peninggalannya kepada wanita berkulit hitam yang juga housekeeper Seth hubbard yang bekerja sejak lebih kurang 3 tahun, Lettie Lang. Seth telah dengan terang-terangan mengeluarkan anak lelakinya, Herschel, anak perempuannya Ramona dan ke-empat-empat cucunya daripada mewarisi sebarang harta peninggalannya.

Seth sebelum itu telah menulis satu wasiat rasmi, yang mana wasiat itu lebih lojik dipandangan masyarakat Ford County. Memberikan sebahagian hartanya kepada anak-anak dan cucu-cucunya. Namun dengan wasiat baru tulisan Seth Hubbard, wasiat rasmi sebelum ini akan dikira terbatal. Itupun jika Mahkamah memutuskan wasiat baru tulisan tangan Seth Hubbard itu tidak sah.

Seth membunuh diri pada hari sabtu. Selain wasiat hartanya, Seth juga menulis arahan bagaimana pengebumiannya dilaksanakan. Mayat Seth disempurnakan pada hari Isnin. 

Jake Brigance yang sebelum ini mempunyai reputasi yang tinggi ketika mewakili dan memenangi kes Carl Lee Hailey, kini dilantik Seth Hubbard untuk melaksankan wasiat barunya. Seth tidak pernah berjumpa Jake. Jake juga tidak pernah mengenali siapa Seth Hubbard. Ketika kisah Seth membunuh diri hangat di perkatakan di Clanton, pagi isnin Jake menerima 1 surat mengandungi arahan perlantikan guaman untuk mewakili Seth Hubbard.

Seperti yang diarahkan Seth, Jake memfailkan wasiat tersebut pada petang isnin di Mahkamah Clanton selepas menghadiri pengebumian Seth. Jake berjaya memfailkan wasiat tersebut di Mahkamah sebelum...... 


Wednesday, October 28, 2020

"A Time to Kill" - John Grisham


Siri pertama "Jake Brigance", "A Time to Kill" telah diterbitkan pada tahun 1989. Aku hanya membacanya melalui e-book, setakat ini tiada keperluan untuk membeli buku fizikalnya. Ini adalah novel pertama penulisan John Grisham. Aku dengar tentang novel ini lama dulu namun baru membaca dan menghabiskannya hari ini. 

Daripada tajuk tu sendiri sudah menggambarkan ianya menceritakan berkenaan kes pembunuhan. Bukan hanya pembunuhan biasa, tapi kes pembunuhan berprofil tinggi. Menjadikan ia lebih sukar dan sadis, pembunuh tersebut, Carl Lee Hailey, berkulit hitam. Di Clanton, Ford County yang mana penduduknya terdiri daripada 70% berkulit putih dan selebihnya berkulit hitam. Prejudis pada setiap kelakuan orang berkulit hitam, maka yang dinilai bukan pada kelakuan jenayahnya tapi pada warna kulitnya.

Carl Lee adalah bapa kepada "little nigger" Tonya yang baru berumur 10 tahun. Tonya telah diculik oleh 2 lelaki mabuk berkulit putih, Billy Ray Cobb, yang juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan James Louis Willard @ Pete Willard, seorang kutu rayau yang juga melakukan jenayah-jenayah kecil di sekitar Ford County.

Tonya diculik, dirogol berkali-kali dan bergilir-gilir oleh Cobb dan Willard. Bukan itu sahaja, Tonya telah dipukul, dipijak, diikat, ditendang, dilemparkan botol arak yang masih separuh berisi, disiram dengan air kencing, malah telah digantung dengan tujuan untuk dibunuh. Tonya berlumuran darah hampir diseluruh badannya, patah kedua rahangnya, patah hidung dan hampir separuh mati bila dihantar ke rumah selepas dicampak dengan tangan diikat dibelakang. Tonya dijumpai oleh sekumpulan kulit hitam yang sedang memancing di "foggy creek".

Cobb & Willard telah berjaya ditangkap dan pengakuan jenayah mereka telah diambil oleh sheriff melalui Williard dengan sedikit muslihat tanpa pengetahuan Cobb. Mereka dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan. 

Carl Lee sedang merancang untuk membunuh Cobb & Willard kerana dia tahu hukuman undang-undang yang akan dikenakan kepada kedua lelaki kulit putih itu tidak akan setimpal dengan penyiksaan yang perlu ditanggung Tonya sepanjang hidupnya, kesengsaraan Gwen, ibu Tonya, Carl Lee dan seluruh ahli keluarganya. Trauma itu akan berlarutan selamanya. Tonya juga masih terlantar di hospital, separuh mati dan telah disahkan tidak akan dapat melahirkan anak untuk selamanya.  

Jake Brigance adalah lawyer yang tidak terkenal dan pernah mewakili Lester Hailey, adik Carl Lee di dalam kes jenayahnya yang lepas. Carl Lee sudah menganggap Jake sebagai lawyer keluarganya. Dia memberitahu rancangannya untuk membunuh Cobb & Willard. Namun Jake tidak menganggap Carl Lee serius akan melakukan pembunuhan tersebut. 

Berbekalkan M-16 yang Carl Lee dapatkan daripada kawan lamanya ketika di Vietnam, Cat Bruster, seorang millionaire daripada kerja-kerja haram, dengan persiapan dan perancangan rapi selama 6 hari, Carl Lee menembak mati Cobb di perut dan dadanya & Willard ditembak di muka, leher dan kerongkongnya di dalam Mahkamah Ford County. Cobb & Willard yang digari di belakang tangan mereka masing-masing tidak berdaya dan mati di situ. Looney, sheriff yang mengiring kedua-dua Cobb & Willard juga tidak bernasib baik kerana turut terkena tembakan di kakinya. Carl Lee melepaskan tembakan M-16 berdas-das dan sambil ketawa tanda puas hati. 

Carl Lee melantik Jake untuk mewakilinya di dalam perbicaraan kes pembunuhan Cobb & Willard dengan hanya mampu membayar fees sebanyak 900. Pelbagai ugutan diterima Jake ketika mengendalikan kes tersebut sehingga terpaksa menghantar isterinya, Carla dan anak perempuannya, Hanna ke rumah ibu bapa mertuanya kerana bimbang keselamatan mereka terancam. 

Hari perbicaraan berjalan selama berhari-hari di Mahkamah Ford County kerana permintaan Jake untuk memindahkan perbicaraan kes tersebut di kawasan komuniti kulit hitam agar Carl Lee mendapatkan "fair trial" telah ditolak oleh Judge Noose. Ugutan bukan sahaja sekadar ugutan, Jake hampir ditembak menggunakan Sniper, rumahnya dibakar, pelajar intern yang juga staff sementaranya, Ellen Roark diculik dan dicederakan dan berada di hospital, suami kepada setiausahanya juga terbunuh. 900 tersebut langsung tidak berbaloi. Namun memikirkan publisiti yang akan diterima, Jake gigih meneruskan kes tersebut dengan bantuan ex-bossnya, Lucien yang telah di disbarred, "learned friend" Harry Rex, divorce lawyer dan Ellen.

Jake tahu peratusan Carl Lee untuk dibebaskan amatlah rendah memandangkan hampir semua orang di Ford County tahu dan yakin yang Cobb & Willard telah dibunuh oleh Carl Lee. Jake hanya mampu bergantung kepada defense "insanity". Selain itu, Carl Lee berkulit hitam. Jika Carl Lee berkulit putih, jalan ceritanya akan berubah sebanyak yang boleh. Mungkin hanya dikenakan hukuman ringan kerana bagi mereka yang berkulit putih, tidaklah menjadi satu jenayah jika mencederakan atau membunuh mereka yang berkulit hitam. Malah mungkin dia akan dibebaskan tanpa dibicarakan.

Jake seorang yang mempunyai integriti yang tinggi walaupun dia gilakan publisiti. Dia tidak menghambakan diri pada rasuah semata-mata untuk menang kes. Dia tidak gah dengan kemenangan yang berunsurkan penipuan, sogokan dan tipu helah walaupun dia ditawarkan pelbagai tipu helah oleh Lucien untuk membantu kemenangan kes Carl Lee. Cadangan Lucien ditolak. Jake mahu kemenangan yang boleh dia banggakan atas usahanya ketika dia ditemuramah para wartawan TV dan surat khabar. 

Para Juri semakin tegang kerana terasa terkurung selama berhari-hari sementara perbicaraan Carl Lee selesai. Mereka tidak dibenarkan pulang ke rumah untuk berjumpa keluarga. Tiada TV atau komunikasi yang dibenarkan. Mereka ditempatkan di sebuah kediaman khas yang tidak diketahui umum.

Expert witness, Dr. Bass seorang pakar Psikiatri yang dibawa Jake ke mahkamah atas cadangan Lucien untuk membuktikan insanity defense ke atas Carl Lee, telah diperangkap habis-habisan oleh Buckley, yang mewakili state untuk meminta hukuman mati kepada Carl Lee. Jake buntu kerana Dr. Bass adalah harapan terbesarnya. Namun semuanya musnah apabila Buckley membawa kisah silam Dr. Bass yang pernah dituduh merogol gadis di bawah umur 18 tahun satu ketika dulu. Namun sebenarnya ia di atas dasar suka sama suka dan Dr. Bass telah berkahwin dengan gadis tersebut dan akan melahirkan anak. Namun gadis tersbut dan anaknya ditemui mati di dalam keretapi.

Buckley membawa Rodeheaver yang juga seorang pakar Psikiatri bagi membuktikan Carl Lee melakukan pembunuhan dengan keadaan sedar dan menolak sekeras-kerasnya defense insanity yang dikemukan Jake. 

Tiba giliran Jake membuat serangan balas kepada Buckley. Jake berjaya membuktikan yang Rodeheaver seorang yang bias dan tidak pernah sekalipun memihak kepada Defendant. Rodeheaver telah dipanggil sebanyak 46 kali dalam perbicaraan kes jenayah yang berbeza-beza sebelum ini bagi memberikan pendapat profesionalnya dari segi psyciatry samada Defendant legally insane atau tidak. Di dalam 46 kali, Rodeheaver mendapati semua Defendant adalah tidak legally insane. Jake telah meyakinkan Juri yang Rodeheaver seorang yang bias.

Hari keputusan perbicaraan tiba. Semua menanti dengan cemas akan keputusan akhir para Juri samada Carl Lee akan dihukum mati di "Gas Chamber" bagi pembunuhan Cobb & Willard. Hukuman penjara seumur hidup kerana mencederakan Looney. Namun Looney yang dipanggil sebagai saksi menyebelahi Carl Lee dan faham dengan tindakan Carl Lee kerana dia juga seorang bapa. Mana-mana ibu bapa akan jadi tidak tenteram jika anak kecil mereka diperlakukan seperti Tonya. Segalanya sekarang bergantung kepada 12 Juri yang telah dipilih dan dipertanggungjawakan untuk mengadili Carl Lee.

Wanda, salah seorang daripada Juri meyakinkan semua juri dengan teorinya. Dia meminta semua menutup mata dan hanya mendengar. Dia meminta mereka membayangkan seorang budak perempuan dengan rambut perang dan bermata biru, 2 perogol tersebut berkulit hitam dan mereka mengikat kaki kanan budak perempuan tersebut di pokok dan kaki kiri di tiang dan merogolnya berkali-kali sambil mencacinya kerana dia berkulit putih. Wanda meminta mereka membayangkan Tonya berkulit putih dan Cobb dan Willard berkulit hitam. 

Akhirnya, Juri telah membuat keputusan bahawa Carl Lee tidak bersalah dengan reason of insanity. Carl Lee dibebaskan daripada tuduhan membunuh dan Noose juga mengatakan tiada keterangan daripada expert witness yang mengatakan dia berbahaya atau memerlukan rawatan psyciatry. Maka Carl Lee bebas.

Jake Brigance Series - John Grisham


John Grisham setakat ini telah menulis sebanyak 37 Novel berserta 7 Novel pendek di bawah siri Theodore Boone. Sebelum ini aku memiliki hanya 10 daripada keseluruhan koleksi novel penulisan John Grisham yang kini telah bertambah menjadi 27 buah. Diakui aku belum sempat membaca kesemua novel tersebut, hanya beberapa. Akan dibaca sedikit demi sedikit jika ada masa yang terluang. 

Sebenarnya aku telah memiliki 2 buah buku penulisan John Grisham bertajuk "A Street Lawyer" & "A King of Torts" ketika aku masih belajar di IIUM lagi. Namun setelah sekian lama, aku lupa jalan ceritanya dan novel "A King of Torts" juga telah hilang entah ke mana.

Aku meminati novel-novel tulisan John Grisham kerana ianya bersangkutan dengan kisah perundangan, jenayah. Memandangkan beliau juga nerupakan 'lawyer', ia lebih selesa dan lebih mudah untuk menggambarkan keadaan sebenar kisah seorang 'lawyer', penjenayah, hakim, staff mahkamah, polis dan sebagainya. Aku dapat menbayangkan lebih jelas jalan ceritanya kerana semua situasi itu juga amat familiar dalam kerjaya ke-'lawyer'an aku. 

Kali ini penulisan aku berkisar 3 Novel beliau di bawah siri Jake Brigance yang merupakan seorang 'lawyer' yang mula terkenal dengan kes pembunuhan berprofil tinggi di dalam novel siri pertama "A Time to Kill". Aku akan ulas satu persatu daripada ketiga-tiga siri novel tersebut selepas selesai membaca kesemuanya di posting yang seterusnya. Siri novel Jake Brigance tersebut selain "A Time to Kill" adalah "Sycamore Row" dan Novel keluaran terbaru pada 13 Oktober 2020, "A Time for Mercy".

Di Facebook, aku mengikuti satu group bernama "John Grisham Club" Sangat informative dan aktif. Berkongsi pengalaman dan koleksi novel John Grisham yang telah terkumpul. Di sana aku diberitahu yang beliau menerbitkan satu novel baru pada 13 October 2020. Aku berpeluang membuat pre-order edisi pertama buku tersebut dari US dan telah sampai pada aku pada 19 Oktober 2020. Dalam excited untuk mula membaca novel keluaran baru tersebut, aku telah diberitahu bahawa ia adalah buku bersiri. Maka menjadi kewajipan pada aku untuk membaca buku tersebut dari siri pertama, "A Time to Kill", kedua, "Sycamore Row" dan seterusnya, "A Time for Mercy".

Ketiga-tiga siri Jake Brigance ini bukanlah cerita yang berkaitan namun mungkin karakter 'lawyer' yang sama dan menjadikan ia siri yang perlu dibaca berturutan.

Memandangkan "A Time to Kill" telah diterbitkan pada tahun 1989, maka amat sukar mencari buku fizikal. Jika pun ada, buku tersebut mungkin telah buruk @ koyak dan tiada mood untuk dibaca. Alternatifnya, aku membacanya melalui e-book. Aku memiliki novel "Sycamore Row" di dalam koleksi & baru menambah "A Time for Mercy" juga ke dalam koleksi.

Monday, January 27, 2020

"The Present"


Reading material latest yang aku baca. Bermula dengan siri "Who moved my Cheese" by Dr Spencer Johnson, aku kini tertarik dengan buku ini yang menceritakan tentang "The Present". Dari sinopsis hinggalah ke isi kandungannya, semua menarik. Mungkin sebab jalan ceritanya kena dengan jiwa aku, aku habiskan baca buku ni hanya dlm 1 malam. Lagipun mukasurat hanya 103 sahaja hehe. Buku ini aku beli masa aku travel ke korea December lepas. Selain buku ni, aku ada satu lagi siri karya penulis yang sama iaitu "Out of the Maze". Aku akan review selepas habis baca nanti.


Memang betul! "The Present". Aku selalu dibayangi masa-masa lepas, sedih, kecewa blablabla.... sampai adakala aku terlepas apa yang ada di masa sekarang. Bukan disengajakan, tapi aku terbuai dengan perasaan sendiri tanpa sedar. Mungkin juga sebab ia terlalu pedih dan sakit, hingga sakitnya sentiasa terasa menoreh hati dan perasaan (drama sikit). Aku akui dengan melebihkan masa yang lepas, aku abaikan masa sekarang.

Buku ni basically ingin menceritakan betapa pentingnya kita berada di masa ini "the present" untuk menjalani hidup yang lebih baik dan bahagia. Kalau diikutkan, hampir semua quote di dalam buku ini aku ingin rungkaikan. Tapi itu sudah macam copy & paste isi kandungannya. 

"What happened in the past?"
"What did I learn from it?"
"What can I do differently now?"

Soalan-soalan ni nampak mudah untuk dijawab. Namun dengan masa lepas yang menyakitkan, tidak mudah untuk bertindak differently and directing yourself to the correct conduct. Tidak semudah tu. Mungkin boleh dicuba perlahan-lahan. Apa yang boleh disimpulkan dari soalan-soalan di atas ialah agar kita lebih fokus dan melebihkan perhatian pada apa yang kita ada sekarang, ambil pengajaran daripada event yang lepas, perbaiki dimasa kini untuk kesenangan di masa hadapan.


Guidelines di dalam buku ini yang dibentukkan melalui penceritaan memang lebih mudah untuk difahami dan dipraktikkan. Perubahan yang besar tidak akan terjadi hanya dalam satu malam. Ia memakan masa yang panjang. Apa yang boleh diusahakan, buat sedikit demi sedikit. Mungkin 1 hari "The Present" akan menjadi realiti.
   
Nota tambahan: Yang membuatkan buku ini lebih menarik ialah, ia seolah-olah kesinambungan buku yang dipinjamkan kepada aku melalui posting aku sebelum ni berkenaan dengan "Ikigai". Boleh pulak coincidence kan 😂